Hi! Welcome Back and Stay Tune! MB Negeri Sembilan dimasukkan ke IJN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MB Negeri Sembilan dimasukkan ke IJN

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, petang tadi, selepas mengadu kurang sihat.

Difahamkan, beliau mendapatkan rawatan di Negeri Sembilan Chinese Meternity Hospital (NSCMH), di sini, namun pakar perubatan menasihatkan beliau mendapatkan rawatan dan pemantauan lanjut di IJN.

Mohamad hadir merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi di sini, pagi tadi, namun mengadu tidak sihat ketika berucap kira-kira jam 9.30 pagi.

Mohamad dikatakan berucap kira-kira 15 minit dan meminta untuk meninggalkan majlis selepas berasa kurang sihat.

Pegawai akhbarnya, Zulkefli Awang menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial yang mendakwa Menteri Besar sedang tenat.

“Datuk Seri ada maklumkan pada perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Rembau pagi tadi yang beliau tidak sihat dan merasakan mungkin kerana ubat ulser yang diberikan doktor dosnya tinggi.

“Ini menyebabkan Datuk Seri mengalami ketidakselesaan pada perut dan berasa kurang sihat,” katanya di sini dalam aplikasi WhatsApp. – Sinar Harian



from Malaysia Chronicle http://ift.tt/2c2z00u

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.