Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Sarawak, Sabah perlu hormati Hari Kebangsaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Sarawak, Sabah perlu hormati Hari Kebangsaan

Kemerdekaan Amerika Syarikat diraikan  pada 4 Julai setiap tahun.  Berdasarkan sejarah  cuti umum  di negara tersebut tarikh tersebut telah dipilih  kira-kira 240  tahun yang lalu  apabila pengisytiharan kemerdekaan oleh akta berdasarkan Kongres Kontinental yang disesuaikan  pada 4 Julai pada tahun 1776.

Inti pati pengisytiharan ini yang sebahagian  besar dirangka oleh Thomas Jefferson  dan dianggap  sebagai salah dokumen penting  Amerika Syarikat.  Tarikh ini diraikan sebagai Hari Kemerdekaan.  Hal ini berlaku  apabila 13 koloni menganggap  diri mereka sebuah bangsa, iaitu  sebagai Amerika Syarikat dan tidak lagi menjadi  sebahagian daripada empayar Inggeris.   

Amerika Syarikat: Daripada 13 Negeri ke 50 negeri

Sejak kemerdekaan Amerika Syarikat  yang diraikan pada 4 Julai 1776 terdapat perkembangan menarik berlaku.   Antaranya ialah  kemasukan  atau  penyertaan negeri-negeri lain dalam sejarah Amerika Syarikat. Justeru, terdapat peningkatan daripada hanya 13 buah negeri  menjadi  bertambah kepada 50 buah negeri hingga kini.

Tiga belas wilayah  terbentuk menjadi negeri pada Julai 1776 yang meliputi Delaware, Pennsylvania, New Jersey, Georgia, Connecticut, Massachusetts, Maryland, South Carolina, New Hampshire, Virgina, New York, North California dan Rhode Island.

Selebihnya sedikit demi sedikit wilayah atau negeri lain  menyertai Amerika Syarikat.  Arizona menyertai Amerika pada tahun 1912,  Alaska dan Hawaii menyertai Amerika pada tahun 1959. Sungguhpun penyertaan 37  negeri baharu  ke dalam  Amerika Syarikat, namun Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat tetap diraikan pada 4 Julai  setiap tahun.

Ternyata satu tarikh umum awal dikenal pasti sebagai tarikh rasmi bagi hari  kebangsaan Amerika Syarikat.

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu  

Kemerdekaan Persekutuan Tanah  Melayu  dicapai pada 31 Ogos 1957 tanpa penyertaan  Singapura, Sabah dan North Borneo (Sabah).  Tarikh kemerdekaan ini dianggap sebagai  kemerdekaan negara pada ketika itu.

Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan?

Berdasarkan  tarikh kemerdekaan  Persekutuan Tanah Melayu dan  Hari Pembentukan Malaysia, maka didapati  istilah yang lebih tepat  ialah Hari Kebangsaan.  Bangsa Malaysia merujuk kepada pelbagai etnik dan  kepercayaan agama.  

Lazimnya, sebuah negara merdeka hanya mengalami sekali sahaja  kemerdekaan tanah air mereka. Lantas kemerdekaan  negara  ialah berpegang kepada teras 31 Ogos 1957.   Kemerdekaan bermaksud bebas daripada belenggu penjajahan.  

Namun, tentu sulit  sekali kerana Sabah dan Sarawak  tidak ada dalam gagasan Persekutuan Tanah Melayu. Sabah dan Sarawak belum lagi merdeka pada 31 Ogos 1957.  Malah nama Sabah pun masih lagi dikenali sebagai North Borneo.  Justeru, istilah yang tepat pada 31 Ogos 1957  terutama selepas pembentukan Malaysia  menggunakan  terma Hari Kebangsaan Negara.

Hal ini kerana Persekutuan Tanah  Melayu  yang mempunyai lebih banyak negeri  justeru sesuai untuk dijadikan teras yang kemudiannya  membawa kepada pembentukan Malaysia bersama-sama Sabah dan Sarawak.

Sebenarnya dalam sejarah sambutan  hari bersejarah tersebut sudah  dikenali sebagai sambutan Hari Kebangsaan sejak tahun 1970-an kerana menyedari faktor ketiadaan negeri Sabah dan Sarawak  serta faktor hakikat  sejarah pembentukan Malaysia. Namun akhir-akhir  ini orang politik terkeliru dengan istilah  ‘hari kemerdekaan’  dan ‘hari kebangsaan’  seolah-olah atau umpama tidak dapat membezakan  antara parti politik dengan  kerajaan.

Apabila hal ini berlaku, maka ini menimbulkan  ketidakpuasan rakyat khususnya yang peka akan penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Penggunaan Hari Kebangsaan negara perlu  ditekankan oleh orang politik dan pihak media bagi memperbetulkan   penggunaan istilah yang tidak tepat. Yang lebih baik, semua pihak perlu memikirkan istilah yang lebih rasional atau progresif lagi.

Hari Kebangsaan penting kerana ia merupakan punca kepada pembentukan sebuah negara bangsa yang moden dan mencetuskan semangat cinta akan tanah air khususnya pada era selepas kemerdekaan negara. Kedaulatan sebuah negara memerlukan negara  merdeka terlebih dahulu.

Status Sabah dan Sarawak

Sebagai sebahagian daripada Malaysia, maka rakyat Sabah dan  Sarawak  perlu akur dengan hakikat  konsep Hari Kebangsaan  dan  menghormati tarikh tersebut.  Rasa hormat itu harus diletakkan pada aras yang  sama seperti Putrajaya menghormati tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak.  Ternyata, kemerdekaan Persekutuan Tanah  Melayu membawa  jauh kepada gagasan yang lebih luas dan berwawasan dengan idea pembentukan Malaysia.

Inilah signifikan tarikh 31 Ogos terhadap  kepentingan sejarah negeri Sabah dan Sarawak hingga tercetus pembentukan Malaysia.   Apabila Hari Kebangsaan diraikan tidak ada timbulnya isu pembaziran kerana ia membawa kepada kesepaduan yang berteraskan  Rukun Negara. Yang membazirkan ialah sikap yang tidak dapat membezakan  antara  maksud dan konsep Hari Kemerdekaan dengan Hari Kebangsaan.

Menyambut Hari Kebangsaan bukanlah umpama menyambut Tahun Baharu. Semangat patriotik itu kadangkala dapat diukur dengan sikap kita terhadap Hari Kebangsaan. Tidak salah kita meraikan hari kelahiran ahli keluarga kita khususnya ibu dan bapa kita  sedangkan kita sendiri mempunyai  hari kelahiran sendiri  secara analogi sambutan hari kemerdekaan.  Yang penting kita menjaga keharmonian negara dan raikan bersama. Bukankah begitu? – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.