Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rahman Dahlan: Dakwaan Muhyiddin BN bakal hilang banyak kerusi dalam PRU-14 tidak tepat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rahman Dahlan: Dakwaan Muhyiddin BN bakal hilang banyak kerusi dalam PRU-14 tidak tepat

GERIK: Dakwaan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembangkang boleh menang 45 kerusi Barisan Nasional (BN) dengan hanya sokongan kecil pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak tepat.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebaliknya berkata sokongan pengundi terhadap pembangkang mungkin merosot susulan perpecahan dalam pakatan pembangkang.

Malah, menurut Abdul Rahman semasa Muhyiddin menjadi pengarah jentera pilihan raya BN, beliau telah memberikan taklimat dan berkeyakinan bahawa BN akan menang beberapa kawasan yang dianggap sukar.

“Saya hendak ingatkan bahawa apabila adanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia ia tidak akan ambil ahli UMNO tetapi menarik serpihan daripada parti pembangkang.

“Jika ini berlaku ia akan memberi kelebihan kepada UMNO dan saya yakin ahli UMNO tidak akan ikut Muhyiddin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Gerik di Pengkalan Hulu dekat sini hari ini.

Muhyiddin dalam satu majlis di Selangor semalam berkata kajian beliau mendapati 67 kerusi terumbang-ambing di bawah BN dan jika empat peratus daripada kerusi itu ‘swing’ (berubah angin), maka 45 peratus kerusi BN akan jatuh kepada pembangkang.

Sementara itu, perwakilan dalam usul mereka mendesak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya kembali ke pangkal jalan dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Usul itu menyebut: “Jadilah sebagai orang tua yang mampu memberi nasihat berguna kepada anak-anak buah sehingga akhir hayat.

“Itu adalah lebih baik daripada berjasa kepada kumpulan bangsa yang boleh membunuh bangsa Melayu itu sendiri,” demikian menurut usul UMNO Bahagian Gerik. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.