Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Ambillah Gambar Saya Dan Terima Kasih Kepada Semua Yang Menderma’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Ambillah Gambar Saya Dan Terima Kasih Kepada Semua Yang Menderma’

Alhamdulillah. Sedang saya meletak barang-barang dalam rak, datang seorang lelaki ini bertanya tentang Gerobok Rezeki dan bertanya apakah perlu membuat bayaran di pejabat atau macam mana. Comel! Hehe!

Bila saya kata ianya adalah percuma untuk mereka yang memerlukan, dia pun bertanya,

“Boleh tak saya nak ambil susu untuk anak buah saya?” soalnya.

“Boleh, ambillah bang,” balas saya.

“Ambillah gambar saya untuk beritahu pada semua yang menderma bahawa saya mengambil susu ini untuk anak buah saya,” pintanya.

“Eh, tak apa. Saya tak perlu ambil gambar sesiapa yang mahu mengambil barang di Gerobok Rezeki ini,” sayu pula rasanya.

Namun, dia tetap memaksa saya juga agar saya boleh sampaikan kepada semua yang menderma itu bahawa dia nak ucapkan terima kasih. Allah Allah Allah Jazakallah khair semua!

Kita tidak tahu bertapa bermaknanya bantuan itu kepada mereka yang tidak berkemampuan. Walaupun sedikit sahaja rezeki yang kita sanggup kongsikan, tetapi besar maknanya pada mereka yang menerima.

Gerobok Rezeki Project diinspirasikan oleh NGO #ProjectGerobok & #Humanity

Sasaran kami menyediakan barang makanan asas seperti:

  • Beras 1 kilogram
  • Sardin
  • Bihun
  • Gula
  • Garam
  • Kicap
  • Minyak masak
  • Susu
  • Tepung
  • Pampers
  • Dan lain-lain yang akan diletakkan di gerobok untuk diambil oleh mereka yang memerlukan tanpa perlu mengisi borang dan lain-lain.

Gerobok ini akan ditempatkan di masjid-masjid terpilih dan Alhamdulillah saya baru saja mendapat keizinan untuk Gerobok Rezeki pertama kami di Masjid Jamek Saad Abi Waqqas Gombak.

Jom sahabat, kita bersama-sama sedekah. Saya akan letakkan barang-barang keperluan di Gerobok Rezeki kita ini nanti. Dalam rezeki kita ada bahagian orang lain. Mudah-mudahan jemaah lain yang ada di sana juga turut menyumbang. Aaminn.

Segala sumbangan dalam bentuk wang ringgit boleh dimasukkan ked dalam akaun bank di bawah:

Public bank 4496567024
Liyana Abdul Samad

Maybank 164810185513
Liyana Abdul Samad

Maybank 114058032927
Zahari Bin Ithnin

K yana 012-2022580
Email : preloved4charity@gmail.com
Reference: GRP

Sumber : Liyana Love Mia



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.