Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP gesa batal usul SPR kerana ‘semua pihak’ tak puas hati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP gesa batal usul SPR kerana ‘semua pihak’ tak puas hati

persempadanan di Selangor dan Kuala LumpurPUCHONG: Ahli Parlimen Segambut meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan cadangan persempadanan di Selangor dan Kuala Lumpur kerana ia dibantah Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

“MCA dan Gerakan kata ia tidak adil. Mereka sebagai komponen BN rasa kerugian.

“DAP, PKR dan Amanah Selangor juga tidak berpuas hati. Oleh kerana semua parti membantah, SPR perlu batalkan persempadanan itu. Tidak guna melakukan sesuatu yang orang tidak suka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Lip Eng, Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar juga tidak berpuas hati dengan cadangan SPR itu.

Noh berkata Umno tidak lagi dapat bertanding di kerusi Parlimen Ampang termasuk kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan Lembah Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

“Sia-sia BN beri kenyataan akhbar atau hantar surat bantahan kepada SPR.

“Lagipun mereka akan bertemu Najib. Suarakan ketidakpuasan hati pada PM dan hantar saranan kepada SPR,” katanya, merujuk kepada semangat konsensus dalam gagasan itu.

“Ini masa terbaik untuk mereka buktikan kesepakatan,” tambahnya.

Meskipun DAP akan menang majoriti yang lebih besar, Lip Eng berkata parti itu membantah cadangan SPR kerana tidak mahu mengorbankan Amanah, PKR dan PAS.

Di Kuala Lumpur, Lip Eng berkata PKR akan kehilangan kerusi Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.

“DAP di Bukit Bintang dan Cheras akan peroleh majoriti yang lebih baik. Tetapi kemenangan itu ketika parti pembangkang lain tumpas. Kita tak mahu itu berlaku.”

SPR mengemukakan cadangan penentuan sempadan pilihan raya baharu untuk kerusi Parlimen dan DUN untuk Tanah Melayu dan Sabah 15 September lepas.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata cadangan itu “membimbangkan” dan menjejaskan keharmonian kaum kerena pengundi Melayu akan ditempatkan dalam satu kawasan dan pengundi Cina di tempat lain, lantas menjadikan kerjasama dengan BN sia-sia.

Majlis tertinggi BN dijangka membincangkan cadangan persempadanan itu pada 23 September, manakala Majlis Tertinggi Umno pada 30 September.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata penentuan semula sempadan pilihan raya itu dibuat mengikut Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Undang-Undang Tubuh Negeri Sabah, yang diwartakan pada 18 Ogos.

Menurut Abdul Ghani, notis persempadanan bersama butiran penuh cadangan itu disiarkan di Semenanjung Malaysia dan Sabah selama sebulan, mulai 15 September dan 14 Oktober.

 





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.