Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sarawak tolak cadangan Noh Omar benar pemaju perumahan pinjam wang kepada pembeli – Abang Jo - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sarawak tolak cadangan Noh Omar benar pemaju perumahan pinjam wang kepada pembeli – Abang Jo

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak hari ini menolak cadangan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memberikan lesen kepada pemaju perumahan untuk memberi pinjaman kepada bakal pembeli rumah, seperti yang dicadangkan Menterinya, Tan Sri Noh Omar baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan itu dikhuatiri akan lebih menjerumuskan para pemaju ini ke dalam risiko kewangan, kerana skim seumpama itu tidak akan bertahan lama dalam jangka masa panjang.

9b790747-c222-463b-a3f5-9ccde88492ca

“Pada masa yang sama apabila cadangan ini dilaksanakan kelak ia akan tertakluk di bawah Akta Peminjam Wang 1951.

“Akta ini bukan seperti Akta Perbankan yang memiliki proses untuk mencagarkan harta. Sebaliknya ia akan mewujudkan risiko ‘hutang atas hutang’, yang akan membebankan para pembeli.

“Bagi saya ini isu ekonomi yang cukup penting. Kita tidak mahu menyukarkan pembeli rumah dan rakyat keseluruhannya.

Katanya, Kerajaan Pusat harus memikirkan alternatif lain seperti meningkatkan jumlah bekalan rumah, selain kaedah pinjaman yang lebih efektif.

“Di Sarawak, kita memiliki skim pinjaman kita sendiri melalui skim gadai janji, yang dilaksanakan di bawah Akta Perbankan.

“Kerajaan Negeri menyuntik jumlah dana yang agak besar kepada Mutiara Mortgage dalam usaha untuk memberikan pinjaman kepada mereka yang permohonannya ditolak oleh bank.

“Dan mereka perlu mengikuti prosedur yang sama, yang diperlukan oleh pihak bank untuk membolehkan mereka mendapatkan pinjaman tersebut,” jelasnya.

Kata Abang Johari, jika cadangan ini diluluskan oleh Kabinet Pusat, beliau selaku Menteri Perumahan dan Urbanisasi Sarawak tidak akan menerima pelaksanaannya di Sarawak.

41d93ed2-3e63-4454-9539-a19f79407f7b

“Kita boleh membuat keputusan ini kerana ia adalah antara perkara yang tertakluk di bawah persetujuan bersama Pusat dan Negeri.

“Jika kita rasakan ia tidak betul…jika ia mendatangkan masalah, kenapa perlu saya akur dan ikut?

Tegasnya, tindakan itu diambil adalah untuk mengelakkan hutang dibebankan kepada pengguna.

“Berdasarkan kajian Khazanah Nasional, kadar hutang yang setiap rakyat Malaysia kini agak tinggi dan usahlah kita menjadikannya semakin teruk.

Kata Abang Johari lagi, alternatif lain yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Pusat dalam konteks Sarawak adalah dengan menyerahkan dana rumah murah itu kepada Mutiara Mortgage sebagai suntikan modal berbanding menyerahkannya kepada bank-bank komersial yang enggan memberikan pinjaman.

“Biarkan Mutiara melaksanakan proses pinjaman ini untuk Sarawak dan kita akan uruskannya.

Berdasarkan rekod katanya, Sarawak mencatatkan amalan bayar balik yang terbaik setakat ini kerana berjaya mengelakkan hutang kepada Kerajaan Pusat.

“Adalah baik untuk kerajaan tidak menyusahkan dan membebankan rakyat, kerana tindakan ini akan menyebabkan berlakunya kesan berantai kepada pemilik rumah, pemaju perumahan bahkan kepada bank yang memberikan pinjaman kepada pemaju terbabit.

Di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang (Pindaan 2011) peminjam boleh mengenakan kadar faedah maksimum sehingga 18 peratus tanpa cagaran atau 12 peratus dengan cagaran. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.