Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bukan Parti Baharu Tapi Perbaharui Parti Lama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bukan Parti Baharu Tapi Perbaharui Parti Lama

Shafie Apdal

 

Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini hadir di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Putrajaya bagi memperbaharui

sebuah parti yang ditubuhkan pada 2013 di Sabah untuk didaftarkan menjadi parti politik barunya.

Mohd Shafie yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna berkata, kehadirannya di ROS hari ini bukan untuk menubuhkan parti baharu sebaliknya hanya mengemas kini sebuah parti untuk ditubuhkan semula menjadi partinya.

“Hari ini alhamdullillah saya berkesempatan ke ROS… bukan pendaftaran parti baharu sebenarnya kerana ia sudah didaftarkan… cuma ada perubahan dari segi nama dan beberapa kandungannya, sekarang ini parti itu sudah ada cuma hendak ambil alih parti itu dan kita telah serah kepada pihak ROS dan kita yakin kita mematuhi segala kehendak dan peraturan Jabatan itu,” katanya.

Mohd Shafie tiba di ROS sekitar jam 9.35 pagi dan kelihatan terus memasuki bangunan tersebut.

Terdahulu, susulan daripada tindakan penggantungan jawatan beliau sebagai Naib Presiden Umno pada Julai lalu, Mohd Shafie bertindak keluar daripada Umno.

Ogos lalu, Mohd Shafie telah memberi bayangan beliau bakal menubuhkan parti tempatan baharu yang berpangkalan di Sabah.

Sementara itu, Mohd Shafie yang ditemui media hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai parti yang diperbaharui itu sehingga urusan dengan ROS selesai.

“Nama parti ini nantilah saya umum waktunya, memang sudah ada di Sabah ia didaftarkan berteraskan konsep pelbagai kaum,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengapa tidak menubuhkan parti baharu sahaja, Mohd Shafie berkata, perkara itu akan mengambil masa.

“Parti baharu ambil masa, jadi sekarang ini mudah sedikit,” katanya.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cELoRM

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.