Hi! Welcome Back and Stay Tune! Benarkah Wartawan Kita Dalam Dilema? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Benarkah Wartawan Kita Dalam Dilema?

Benarkah wartawan kita dalam dilema?

 

KELMARIN, berlangsungnya Wacana Sinar Siri ke-42 berjudul ‘Merdekakah Media Kita?’ di Universiti Selangor (Unisel). Seramai empat ahli panel ditampilkan bagi membincangkan topik ini, iaitu Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin, Ketua Pengarang Projek MMO, Fathi Aris Omar, aktivis media, Gayathry Venkiteswaran serta Dekan Fakulti Komunikasi Seni Reka dan Pengkomputeran, Prof Dr Azmudin Ibrahim, manakala, pengacara TV terkenal, Amin Idris bertindak sebagai moderator. Ikuti transkrip penuh perbincangan mereka.

Dari skala satu hingga 10, berapakah rating kebebasan media dan kenapa?

FATHI: Saya rasa mungkin tiga atau empat sebabnya bukan hanya media itu tidak merdeka tetapi kemerdekaan itu sendiri menjadi satu persoalan. Jadi media dalam negara yang kemerdekaannya bermasalah akan sentiasa berdepan dengan masalah.

GAYATHRY: Saya bagi tiga atau empat sebab dari segi institusi media, saya rasa media di Malaysia telah gagal untuk menjalankan fungsi-fungsinya, tapi saya masih ada harapan kepada wartawan.

AZMUDDIN: Saya merasakan kebebasan media terlalu rendah tetapi sebagai ahli akademik, saya positif kalau tidak anak-anak didik saya kata, tidak perlu masuk kelas untuk menjadi wartawan. Saya rasa 3.5 rating yang boleh diberikan.

A KADIR: Saya tidak mahu memberikan sebarang rating kerana tidak percaya dengan sistem itu. Statistik ini boleh dianalisis dalam banyak bentuk. Memadailah saya katakan kita tidak memaksimumkan potensi media dalam sebuah negara yang merdeka.

Adakah pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia ini akan membantu wartawan baru dan lama bagi memastikan rating tiga hingga empat ini naik sekurang-kurangnya kepada lima?

AZMUDDIN: Saya rasa sesuatu undang-undang itu perlu ada kerana kita tidak boleh mencapai keamanan kalau kita mengharapkan kebebasan menyeluruh. Tentu sekali peraturan itu menjadikan satu garis panduan untuk memperkukuhkan lagi apa yang boleh dia lakukan dan tidak.

Dengan pindaan adakah mereka akan lebih terkongkong atau bebas?

AZMUDDIN: Saya tidak merasakan terkongkong kerana pada zaman media yang tidak boleh dikawal lagi kerana di mana-mana sahaja kita berada kita boleh dapatkan maklumat di setiap pelosok dunia. Kalau kita katakan ada undang-undang yang menyekat kita, maka kita ada cara lain supaya ia sampai kepada audiens kita. Berbalik kepada sejauh mana dan sedalam mana penyelidikan kita kepada sesuatu isu supaya kita lebih bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis.

Gerakan Media Marah (Geramm) menyatakan bantahan terhadap pindaan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Pertama sekali pindaan apakah itu dan kenapa bantahan itu dinyatakan?

FATHI: Saya rasa masalah asas akta ini sejak awal lagi adalah pengisiannya yang tidak jelas yang selalu digunakan. Insiden paling jelas iaitu semalam (kelmarin) di bawah akta SKMM ini, seseorang individu iaitu bekas wartawan, Sidek Kamiso sewenang-wenangnya ditangkap oleh polis pada jam 4.00 pagi.

Satu lagi adalah peruntukan yang dikatakan menggores hati dan itu satu pengertian yang bermasalah dan terlalu umum. Kita perlukan hal-hal yang lebih khusus untuk dianggap sebagai jenayah. Kalau tidak, apa sahaja ekspresi seperti melawak, komen yang kasar dan kurang ajar seperti yang berlaku seperti kes bekas wartawan itu berkenaan isu kematian Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dianggap salah.

Kita perlu faham ada perkataan kasar tapi tidak dianggap jenayah dan tidak perlu dihadapkan di mahkamah apatah lagi menyerbu rumah orang pada jam 4.00 pagi.

Daripada awal lagi, waktu kita menggubal akta ini memang ada masalah dan ini hanya satu undang-undang dan saya difahamkan ada lagi 30 akta menyekat dalam pelbagai cara kebebasan media. Jadi perkara ini adalah momok yang membayangi leher wartawan.

Apakah kesukaran yang dilalui oleh Fathi sepanjang penglibatan dalam media bukan arus perdana seperti Malaysiakini rentetan daripada 30 undang-undang yang dikatakan banyak menyekat kebebasan media?

FATHI: Ada dua perkara yang saya rasa sangat besar iaitu yang pertama apa yang kita suarakan sekian lama iaitu Akta Penerbitan dan Mesin cetak iaitu soal permit. Kita tidak dapat permit. Ketika kita mendirikan Detik 99 hanya sempat bernafas selama setahun. Walaupun ia mengetengahkan isu-isu lebih kurang Sinar Harian sekarang, tetapi oleh kerana konteks politik dianggap tidak sesuai ketika itu menyebabkan ia bungkus selepas setahun.

Jadi kalau mereka menggaji wartawan seramai 100 hingga 200 orang seperti yang dialami The Edge, kita mempunyai masalah yang besar dan tanggungjawab moral terhadap kakitangan dan perniagaan kita.

Yang keduanya, masih berkaitan dengan permit. Seperti kes Malaysiakini, walaupun mahkamah telah memutuskan hak asasi Malaysiakini untuk menerbitkan akhbar tapi apabila permohonan itu di bawa ke Kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan lesen akhbar, ia tidak diluluskan sehingga sekarang dan tidak ada alasan yang dinyatakan. Jadi, inilah halangan yang dilalui dan saya tidak kisah jika akhbar, atau media televisyen atau radio menyokong mana-mana parti, tokoh atau apa sahaja. Tapi, yang kita perjuangkan ini ialah kebebasan mana-mana pihak untuk menerbitkan dan mendirikan media.

Sekiranya sekatan ini diteruskan, apa yang akan berlaku, dan apa yang kita boleh belajar dari Indonesia?

GAYATHRY: Pada pandangan saya, yang paling penting kalau Prof kata, undang-undang itu penting, ia penting kerana menetapkan nilai ia menjadi standard untuk nilai dalam masyarakat. Apa yang kita anggap sebagai a diverse of society kalau undang-undang itu terlalu menekan, maka kita membentuk masyarakat yang selalunya mengalami kekangan tersebut, dan kita akan menanggap bahawa itu adalah normalnya.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cEL8C9

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.