Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemas Kini Android Nougat Mendatangkan Masalah Kepada Sebilangan Pengguna Nexus 5X - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemas Kini Android Nougat Mendatangkan Masalah Kepada Sebilangan Pengguna Nexus 5X

Kemas kini sepatutnya membuatkan peranti lebih selamat dan memberikan fungsi-fungsi baru. Tetapi bagi sebilangan pengguna Google Nexus 5X, lain pula berlaku. Mereka melaporkan peranti kini tersekat dengan masalah boot loop selepas melakukan kemas kini Nougat secara OTA. Melakukan tetapan semula peranti dan memasang semula sistem operasi secara manual gagal menyelesaikan masalah ini.

Google sudah menyedari akan kewujudan masalah serius ini. Mereka menegaskan masalah yang berlaku berkait rapat dengan kerosakan perkakasan dan bukannya perisian. Kepada yang terjejas mereka perlu menghantar peranti ke pusat servis berhampiran untuk menyelesaikan masalah ini. Sejak kebelakangan ini masalah seperti ini semakin kerap berlaku selepas kemas kini perisian diberikan. Secara peribadi perkara paling biasa kami alami ialah penggunaan bateri yang bertambah selepas kemas kini. Anda pula bagaimana? Apakah masalah paling kronik pernah anda hadapi selepas melakukan kemas kini?






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dcq6jt

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.