Samsung Menerima 26 Laporan Palsu Galaxy Note 7 Meletup Setakat Ini
Jenaka bom tangan dan alat letupan buatan sendiri memenuhi ruangan komen Amanz setiap kali berita mengenai Samsung Galaxy Note 7 dilaporkan. Ianya lucu untuk beberapa artikel awal tetapi mula menjadi sumber telapak muka pada kadar segera. Setiap hari ada sahaja laporan bateri Note 7 meletup diterima dan menjadi viral di media sosial. Terkini Samsung mengesahkan 26 laporan peranti meletup yang diterima oleh mereka disahkan palsu.
Dari 26 kes ini, mereka tidak menemui sebarang masalah pada 12 peranti yang “meletup”. Di dalam tujuh lagi kes mangsa tidak boleh dikesan atau disahkan wujud. Tujuh lagi kes ditarik semula oleh pemilik dan peranti dikatakan telah dibuang sebelum dapat dianalisa oleh pihak Samsung. Di dalam sebuah insiden di Singapura, seorang pemilik mendakwa peranti meletup di dalam kereta dan peranti terpaksa dicampak keluar. Pemilik walaubagaimanpun gagal menunjukkan bukti ia benar-benar berlaku.
Angka terkini Note 7 yang meletup akibat masalah bateri masih belum diumumkan oleh Samsung. Tidak mengejutkan sekiranya ia lebih kecil dari yang dilaporkan sebelum ini. Sungguhpun begitu pemilik peranti ini di Malaysia masih disarankan supaya tidak lagi menggunakannya atas sebab keselamatan.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cTdSst
Post a Comment