Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shafie guna parti lama untuk lawan BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shafie guna parti lama untuk lawan BN

KUALA LUMPUR: Akhirnya selepas lama berteka-teki, bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  mengambil keputusan untuk tidak menubuhkan parti baharu kerana menyedari kekangan masa.

shafie apdalAhli Parlimen Semporna itu mengambil keputusan memperbaharui parti yang ditubuhkan di Sabah pada 2013.

Untuk itu, Shafie  hari ini hadir di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Putrajaya bagi  tujuan tersebut.

Bersama beliau ialah Ahli Parlimen Penampang MP Darrell Leikeng  (PKR) dan ADUN Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong, yang keluar daripada UMNO baru-baru ini.

Tiga tahun lalu, 11 parti baharu telah diluluskan oleh RoS di Sabah.

Untuk memastikan parti baharu diterima ramai bukan sahaja memerlukan kepemimpinan yang dihormati, tetapi juga jentera akar umbi yang efisien, sumber yang banyak dan matlamat yang jelas.

Langkah baharu yang diambilnya selepas tidak menyertai regu Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menentang Barisan Nasional merupakan satu strategi politik yang memberi fokus kepada Sabah kerana parti yang bakal diterajuinya ialah berteraskan politik tempatan, dan bukan nasional.

Shafie  berkata, kehadirannya di ROS  bertujuan untuk mengemas kini sebuah parti untuk ditubuhkan semula menjadi partinya.

“Hari ini alhamdullillah saya berkesempatan ke ROS… bukan pendaftaran parti baharu sebenarnya kerana ia sudah didaftarkan, cuma ada perubahan dari segi nama dan beberapa kandungannya,” katanya kepada media, tanpa memberitahu nama parti terbabit.

“Nama parti ini nantilah saya umum waktunya, memang sudah ada di Sabah ia didaftarkan berteraskan konsep pelbagai kaum,” jelasnya yang dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Semporna dalam PRU ke-14.

Beliau menjangka proses itu lebih mudah berbanding jika menubuhkan parti baharu.

Shafie sebelum ini  telah bertindak keluar daripada UMNO susulan tindakan penggantungan jawatan beliau sebagai Naib Presiden pada Julai lalu.

Sebelum ini Shafie turut menyatakan pendiriannya untuk tidak bersama  Mahathir  dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mendaftarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) pada awal bulan ini. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.