Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Mula Menguji Android Nougat Untuk Galaxy S7 Dan S7 Edge - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Mula Menguji Android Nougat Untuk Galaxy S7 Dan S7 Edge

Android Nougat yang diperkenalkan hampir sebulan yang lalu hanya digunakan sebilangan kecil peranti Android. Sehingga awal bulan ini, kurang daripada 0.1% peranti Android telah menggunakannya. Android Lollipop masih lagi merupakan versi Android yang terbesar penggunaannya dengan 35% peranti. Peratusan ini pasti berubah dengan kemas kini dan pengenalan peranti baru dengan Nougat seperti LG V20.

s7-nougatSamsung nampaknya telahpun mula menguji Android Nougat untuk Galaxy S7 dan S7 Edge. Markah penanda aras Geekbench untuk S7 dan S7 Edge muncul dan menunjukkan penggunaan Android 7.0. Ujian dilakukan ke atas peranti yang menggunakan cip pemprosesan Exynos 8890. Bagi pengguna Malaysia, ini berita baik kerana kedua-dua peranti ini menggunakan cip yang sama untuk pasaran tempatan. Samsung masih belum berkongsi tarikh sebenar kemas kini Nougat akan diberikan. Tetapi dengan kemunculan ini sekurang-kurangnya kita mengetahui ia sudah mula diuji dan penantian mungkin tidak terlalu lama.

 






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2d5Gn9J

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.