Mark Zuckerberg Dan Isteri Mengumumkan Pelaburan Untuk Mengatasi Pelbagai Penyakit
Mark Zuckerberg dan isteri beliau, Priscilia Chan mempunyai inisiatif tersendiri yang dinamakan sebagai Chan Zuckerberg Initiative. Ia telah dimulakan pada tahun 2015, dan ketika itu mereka ingin membawa potensi manusia setapak lagi kehadapan, dan pada masa yang sama mempromosikan kesamarataan.
Hari ini berkongsi lanjut, melalui Chan Zuckerberg Initiative, mereka mengumumkan yang mana mereka ingin membantu para saintis dalam memulihkan dan mengelak pelbagai penyakit.
Menurut Mark Zuckerberg, pada hari ini hanya empat penyakit utama yang membawa kepada kematian, dan beliau berharap dapat mengawal atau mengatasinya dengan menggunakan teknologi yang tepat.
Untuk tujuan ini, mereka membawa pelbagai saintis daripada pusat pembelajaran terkemuka, dan akan membuat pelaburan sekitar $3 bilion untuk dekad akan datang ini. Projek pertama dibawahnya adalah Biohub yang akan hadir dengan beberapa perkara yang boleh mengatasi empat penyakit utama ini.
Mark Zuckerberg turut mengatakan yang mana sekiranya ia dapat membantu dalam mengatasi penyakit pada masa anak mereka, maka mereka akan melakukannya. Seperti biasa, inisiatif ini akan memakan masa yang lama dan mungkin kita akan melihat perkembangan untuknya dalam beberapa tahun lagi.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cErnLb
Post a Comment