“Pilihanraya Awal Atau Hadapi Undi Tidak Percaya” – DAP Selangor
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dikatakan berhadapan dengan tindakan undi tidak percaya jika gagal mematuhi permintaan DAP untuk mengadakan pilihanraya negeri lebih awal dari PRU14. Bacaan ini berdasarkan kenyataan keras yang dikeluarkan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua semalam.
Pilihanraya awal ini diadakan berikutan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya Raya (SPR) untuk mengadakan proses persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya di seluruh negara amnya dan Selangor khasnya.
Menurut sumber dalaman DAP dalam SPR, beberapa kawasan kalau dipecahkan, akan menyebabkan kekalahan kepada calon-calon Pakatan Harapan dan Pribumi Bersatu pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Antara kawasan-kawasan terlibat adalah di Shah Alam, Klang dan Kapar.
Beberapa parlimen baru yang bakal diwujudkan seperti di Bangsar, Damansara dan beberapa kawasan lain, akan turut memberi kesan kepada kedudukan kerajaan negeri sedia ada jika PRU14 diadakan, terutama sekali jumlah kerusi DAP.
Seperti yang diketahui umum, DAP telah memindahkan begitu ramai pengundi tegar mereka dari kawasan selamat ke kawasan-kawasan tertentu untuk memastikan kemenangan dalam PRU14 nanti dan persempadanan semula ini akan menjejaskan kedudukan parti tersebut.
Azmin dikatakan mempunyai sehingga 14 hari untuk membuat keputusan atau bakal berhadapan dengan proses undi tidak percaya di DUN Selangor, yang boleh menyebabkannya hilang jawatan Menteri Besar.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cqcznv
Post a Comment