Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Watch Series 2 Hadir Dengan Ciri-Ciri Kalis Air, Harga Dari RM1649 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Watch Series 2 Hadir Dengan Ciri-Ciri Kalis Air, Harga Dari RM1649

Apple Watch Series 2

Selain melancarkan dua peranti premium iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang diperkenalkan awal pagi ini, Apple turut mengumumkan model kemaskini kepada Smartwatch mereka. Untuk generasi ke-2 ini, Apple menamakan sebagai Apple Watch Series 2.

Dari segi rekaannya, Apple mengekalkan rekaan seperti jam pintar Apple sebelum ini. Namun mereka telah menambah baik prestasinya serta membawakan cirir-ciri kalis air pada Apple Watch Series 2. Ianya kini mampu bertahan sedalam 50 meter dibawah permukaan air dan amat sesuai bagi yang gemarkan aktiviti air seperti berenang pada masa yang sama memantau dan mengira kalori yang dibakar melalui aktiviti tersebut.

Bukan itu saja, jam pintar baru ini kini dilengkapi dengan sistem GPS terbina. Ia memudahkan anda untuk berjoging tanpa perlu membawa iPhone bagi menjejak perjalanan anda. Di bahagian dalamnya juga Apple telah meningkatkan prestasinya dengan menggunakan cip Apple S2 SiP yang baru. Apple mendakwa bahawa cip ini memiliki prestasi 50% lebih baik dari Apple Watch sebelum ini.

Apple Watch Series 2

Seperti biasa, Apple Watch Series 2 hadir dengan dua pilihan saiz 38mm dan 42mm dengan rekaan Aluminium dan juga Stainless Steel. Apple juga menawarkan rekaan baru yang diperbuat dari seramik dengan ketahanan yang lebih baik.

Harga Apple Watch Series 2 Di Malaysia

Jam pintar yang dipadukan dengan platform WatchOS 3 ini akan mulakan jualan dengan harga bermula USD369. Apple juga menawarkan model Nike+ Edition pada harga yang sama. Ia boleh di tempah bermula 9 September ini dan mula dipasarkan pada 16 September untuk beberapa negara terpilih.

Di Malaysia masih belum ada berita untuk tarikh pasaran Apple Watch Series 2 di Malaysia. Namun harganya telah dikemaskini di laman Apple Malaysia dimana ia boleh didapati bermula dari RM1649 hingga RM5949.

Pada masa yang sama, Apple turut mengumumkan kemaskini kepada Apple Watch Generasi Pertama Dimana ia akan menerima cip Dual-Core yang baru untuk jualan akan datang dan akan dikenali sebagai Apple Watch Series 1. Apple Watch Series 1 akan dijual bermula RM1199 untuk pasaran Malaysia.

The post Apple Watch Series 2 Hadir Dengan Ciri-Ciri Kalis Air, Harga Dari RM1649 appeared first on Mesra Mobile.



Penyumbang : Mesra Mobile http://ift.tt/2ceRcEe

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.