Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wow !! Apple iPhone 7 Dan 7 Plus Kini Rasmi, Peranti Kalis Air Dan Dual Kamera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wow !! Apple iPhone 7 Dan 7 Plus Kini Rasmi, Peranti Kalis Air Dan Dual Kamera


Awal pagi ini Apple telah mengadakan satu acara khas bagi memperkenalkan produk serta kemaskini terbaru untuk smartphone, Apple Watch dan beberapa aplikasi keluaran Apple. Bagi yang terlepas, anda boleh menonton video pelancaran produk Apple September 2016 di laman rasmi Apple.
Secara keseluruhannya, beberapa perkara utama yang dapat digariskan semasa Acara Apple yang berlangsung di San Francisco awal pagi tadi. Antaranya seperti berikut:
  • Pelancaran Apple iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus.
  • Pelancaran Apple Watch Series 2 dengan tambahan model seramik.
  • Apple Watch Generasi Pertama akan dikemaskini dengan Dual-Core CPU dan dinamakan sebagai Apple Watch Series 1 dengan harga lebih murah.
  • Apple iPhone SE, iPhone 6S dan 6S Plus akan menerima kemaskini 2 kali ganda memori untuk jualan akan datang pada harga yang lebih murah.
  • Apple Melancarkan Apple AirPods yang merupakan set telinga tanpa wayar.
  • Pokemon Go akan hadir dalam versi Apple Watch.
  • Permainan Super Mario Run akan hadir pada peranti iOS.
Semasa Acara tersebut sudah tentunya pelancaran Apple iPhone 7 dan 7 Plus di nanti-natikan semua pihak. Untuk kedua-dua model ini, Apple membawakan beberapa penambahbaikan terutamanya pada reka bentuk, kamera, prestasi dan juga beberapa spesifikasi yang lain.
Apple iPhone 7 Dan 7 Plus Hadir Dengan 5 Pilihan Warna Termasuk Warna Baru Jet Black Dengan Sentuhan Yang Lebih Premium
Untuk rekaan, Apple iPhone 7 kini hadir dengan tambahan warna baru Jet Black dengan sentuhan yang lebih premium dan elegan. Rekaannya juga sedikit berbeza dengan model iPhone sebelum ini. Tiada lagi Port Headphone Jack pada model baru ini sebaliknya apple menggantikan EarPods dengan port lightning .
Perbezaan utama antara iPhone 7 dan iPhone 7 Plus adalah pada saiz display dan juga pada sistem kameranya. iPhone 7 hadir dengan paparan bersaiz 4.7 inci dengan resolusi 750 x 1334 pixels manakala iPhone 7 Plus pula dengan skrin 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh 1080P.
Untuk sistem kamera, Apple membawakan sensor 12 Megapixel, F1.8 untuk kedua-dua model baru ini. Kameranya juga dipadukan dengan penstabilan imej OIS, Quad-LED Flash, rakaman video 4K dan sebagainya. Tambahan untuk model 7 Plus yang dimuatkan dengan satu lagi kamera 12 Megapixel, F2.8 dengan kanta telephoto. Penggunaan Dual kamera pada iPhone 7 Plus sangat baik bagi menghasilkan qualiti bokeh atau Depth of Field serta berkemampuan mengambil gambar dengan 2x Zoom.



Apple iPhone 7 Plus Memiliki Dual Kamera Untuk Kualiti Bokeh Lebih Baik


Hadir Dengan Dual Speaker Di Bahagian Atas Dan Bawah


Di lengkapi Dengan Ciri-Ciri Kalis Air Dan Debu
Bagi di bahagian dalam pula, Apple membawakan cip A10 yang dikatakan lebih pantas dan efektif berbanding model iPhone sebelum ini. Ruang memori juga telah digandakan bermula 32GB hingga 256 GB. Menurut Apple, Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus memiliki jangka hayat bateri yang lebih baik. Apple mendakwa ia mampu bertahan 2 jam lebih lama berbanding iPhone 6S dan 6S Plus. Untuk ciri-ciri lain iPhone 7 dan 7 Plus seperti di bawah:
  • Paparan sebesar 5.5 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels untuk iPhone 7 Plus.
  • Paparan sebesar 4.6 inci dengan resolusi 750 x 1334 pixels untuk iPhone 7.
  • Pemproses Apple A10 Fusion, Quad-Core CPU.
  • Memori Dalaman 32/128/256 GB Serta 2 GB RAM.
  • Kamera Utama Dual 12 MP (F1.8 dan F2.8), OIS, PDAF, Quad-LED Flash, 2X Optical Zoom untuk iPhone 7 Plus.
  • Kamera Utama 12 MP, F1.8, OIS, PDAF, Quad-LED Flash untuk iPhone 7.
  • Kamera Selfie 7 MP, F2.2.
  • Pengimbas Cap Jari, NFC.
  • Ciri-Ciri Kalis Air Dan Debu (IP67).
  • Platform iOS 10.
  • Warna Jet Black, Black, Silver, Gold, Rose Gold.
  • Harga Di Malaysia Dijangka Bermula Sekitar RM3199.

Jangka Hayat Bateri Yang Lebih Tahan Lama


Dipadukan Dengan Cip A10 Yang Lebih Pantas Dan Efektif

Harga Apple iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Di Malaysia

Bagi harga jualan iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus, ia akan dijual bermula USD649, USD749 dan USD849 untuk model 32GB, 128GB dan juga 256GB. Untuk model iPhone 7 Plus pula akan hadir dengan harga bermula USD769, USD869, USD969 bagi model 32GB, 128GB dan 256GB.
Apple akan mulakan Pra Tempah untuk kedua-dua model ini bermula 9 September untuk kumpulan pertama dan juga 23 September untuk kumpulan ke-2 dengan lebih 30 Negara. Malangnya, Malaysia tidak pula disenaraikan untuk kedua-dua kelompok tersebut. Bagi harga Apple iPhone 7 dan 7 Plus di Malaysia, ia dijangka hadir dengan harga bermula RM3199 dan RM3699 untuk iPhone 7 dan 7 plus.

Kemunculan model baru iPhone sudah tentunya Apple akan membuat pemotongan harga bagi model-model terdahulu termasuk iPhone SE, iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus. Apple Malaysia juga telah mengemaskini harga bagi ketiga-tiga model tersebut. Ruangan memori juga telah ditambah dua kali ganda berbanding sebelum ini. Menerusi laman rasmi Apple Malaysia, harga iPhone SE, iPhone 6S dan iPhone 6S Plus terkini bermula dari RM1949, RM2699 dan RM3199 untuk model 32GB.


Penyumbang : mesramobile.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.