Surat Terbuka Buat Ibubapa Yang Bakal Hantar Anak Ke Tadika
Surat terbuka buat ibu bapa yang bakal menghantar anak ke sekolah tadika atau yang sudah pun menghantar. Semoga perkongsian ini dapat melapangkan hati kita semua.
1. Tadika umpama syurga dunia buat anak-anak. Jangan samakan tadika dengan sekolah rendah, sekolah menengah mahupun universiti. Di dalam syurga ada apa? Di dalam syurga ada kebahagiaan, kegembiraan, kedamaian dan kebebasan. Tadika itu penuh warna warni, penuh dengan ketawa, sangat riuh dengan suara anak-anak. Baik, sudah tetapkan dalam minda kita bagaimana ‘rupa’ tadika?
Di tadika, sama sekali tidak akan berlaku anak berdiri di atas kerusi, anak berdiri di luar kelas, anak kena rotan, anak kena maki, anak kena denda pandang dinding. Jika ini berlaku, maka something to do with the teachers dan juga sistem sekolah tersebut.
Anak-anak ditegur dengan cara memberi galakkan. Anak-anak dinasihatkan dengan cara memperbanyakan role play. Anak-anak dipujuk dengan memperbanyakkan menyanyi dan menari. Anak-anak digembirakan dengan banyakkan kata-kata pujian.
2. Tadika bukan tempat untuk belajar membaca sahaja. Di tadika lah anak-anak belajar berkawan, berkongsi, menunggu giliran, mengawal emosi, memohon maaf, belajar rutin harian, menyusun kasut, menjaga barang kepunyaan sendiri, menghormati orang yang lebih dewasa dan banyak lagi yang mereka perlu belajar.
Belajar perkara itu semua, kena gunakan buku ke? Sudah tentu tidak perlu! Jadi, kenapa perlu belikan beg sekolah anak tadika yang besar gedabak? Nak suruh anak bawa ensiklopedia kah? Mak pengetua tak faham ni. Haha!
3. Tadika bukan tempat pertama dan utama anak-anak belajar. Tempat pertama dan utama adalah di rumah kita sendiri. Jadi guru yang pertama adalah kita sebagai ibu bapa mereka. Apabila kita faham konsep ini, maka kita tidak sewenang-wenangnya menyalahkan anak kenapa anak tidak pandai membaca. Jika kita faham konsep ini, maka kita tidak akan berkata,
“Cikgu tidak pandai mengajar anak saya.”
4. Tadika bukan tempat untuk kita mengukur kepandaian akademik anak semata-mata. ‘A’ bukan matlamat. Buku latihan yang banyak bukan petanda anak boleh masuk universiti 15 tahun lagi dari umurnya sekarang. Anak-anak tadika tidak sepatutnya tidur lewat semata-mata nak menyuruhnya membuat latihan sebab esoknya ada exam tadika.
Marilah kita mohon kepada Allah, janganlah Allah membebankan kita dengan asyik berfikir “bila anak aku nak pandai”. Itulah ‘zikir’ kita – “Anak aku tak pandai baca lagi, macam mana nak exam linus? Macam mana nak dapat duduk di kelas yang pandai?”
Usahlah kita sempitkan pemikiran kita, anak yang pandai itu anak yang tahu baca sahaja. Tidak! Anak bukan hanya perlu pandai membaca sahaja, malah perlu pasak dalam jiwa, ke ingat dalam kepala. Semua anak pandai dan bijak belaka.
Tugas kita hanya boleh memberi ransangan dan galakkan kepada mereka. Umur 4-6 tahun ini belum bersedia lagi anak nak kena bantai sebab tak pandai membaca. Itu hanya akan spoilkan jiwa anak.
Jangan bunuh jiwa mereka hanya kerana mereka tidak pandai membaca. Raikan usia muda mereka. Belajar dalam keadaan yang bahagia dan gembira. Itu saja dari Mak Pengetua. Selamat mendaftar anak untuk tahun hadapan.
Sumber : Ashikin Hashim
Sumber : Oh My Media TV
Post a Comment