Lelaki mati ketika sertai latihan perbarisan ulang tahun TYT Sarawak di Miri
MIRI: Seorang lelaki yang juga salah seorang daripada anggota perbarisan rapat raksasa sempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia petang semalam, sewaktu menyertai latihan perbarisan di Stadium Bandaraya Miri, dekat sini.
Lelaki tersebut yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Harrison Suin, bertugas di Bahagian Keselamatan, Perbadanan Sukan Negeri.
Harrison, 36 tahun berasal dari Kampung Siol Kandis di Kuching pernah bertugas sebagai anggota tentera berpangkat lans koperal sebelum menyertai Perbadanan Sukan Negeri.
Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 4 petang apabila Harrison tiba-tiba rebah sebelum pasukan paramedik Angkatan Pertahanan Awam mengejarnya ke Hospital Miri.
Turut dikejar ke Hospital Miri ialah lima lagi anggota perbarisan, yang mengalami sesak nafas.
Raptai penuh istiadat perbarisan rapat raksasa akan diadakan pada jam 8 pagi ini, manakala perbarisan sebenar pada Sabtu kelak.
Cuaca di sekitar Miri dikatakan berangin dengan suhu sekitar 24° hingga 27°. – Sarawakvoice
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment