Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dalam tempoh lima hari, seorang anak di S’wak hidap kanser - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dalam tempoh lima hari, seorang anak di S’wak hidap kanser

KUCHING: Malaysia merupakan antara 10 negara teratas tertinggi mencatatkan penduduk seawal usia kanak-kanak diserang kanser.

Pada tahun lepas, Sarawak mencatat 61 kanak-kanak menghidap kanser dengan kiraan secara purata setiap lima hari, seorang kanak-kanak disahkan menghidap penyakit berbahaya itu.

Timbalan Presiden Pertubuhan Kanser Kanak-kanak Negeri Sarawak (SCCS) Dr. Vincent Leh berkata, “kanser kanak-kanak sejenis penyakit yang jarang berlaku; (ia berlaku) dengan 100 orang daripada sejuta kanak-kanak,” katanya.

Dr Vincent menyifatkan statistik tersebut membimbangkan, manakala punca utama kanser dalam kalangan kanak-kanak belum diketahui.

Dr Vincent berkata, jika dikesan pada peringkat awal, penyakit ini dapat disembuhkan melalui kaedah rawatan terkini.

“Melalui peralatan perubatan canggih dan teknologi terkini, peluang kanak-kanak kanser sembuh tinggi,” kata pada sidang media sempena Bulan Kesedaran Kanser Kanak-kanak di Vivacity Megamall pada Rabu.

Dr Vincent menasihati ibu bapa segera berjumpa doktor bagi mengesan dan mendapatkan rawatan untuk anak mereka, jika terdapat simptom kanser pada mereka.

Sempena bulan kesedaran kanser kanak-kanak, SCCS merancang mengadakan pelbagai aktiviti bertujuan memberi pendedahan bahaya penyakit tersebut.

Minggu Reben Emas di Vivacity Megamall  5-11 September antara aktiviti yang diadakan.

Selain mempromosikan SCCS, ia bertujuan memberi kesedaran kepada ibu bapa pentingnya mengetahui simptom penyakit tersebut dan perlunya rawatan awal diberikan kepada pesakit. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.