Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya sudah bosan dan tidak akan tolak ansur – Tok Nan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya sudah bosan dan tidak akan tolak ansur – Tok Nan

KUCHING: “Saya sudah bosan dan saya tidak boleh hendak bertolak ansur lagi.

“Kalau 10 atau 20 tahun saya boleh terima…tetapi ini sudah setengah abad. Dan ini melampau!”.

Itu suara hati Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem semalam, yang ternyata kecewa dengan Kerajaan Persekutuan berhubung permohonan untuk membina baharu sekolah-sekolah di Sarawak masih belum menemui jawapan positif.

14242224_1189857301087837_3630984959487199754_o

Katanya, beliau sudah bosan memohon peruntukan Kerajaan Pusat, kerana sekolah-sekolah di negeri ini telah berada dalam situasi yang daif dan miskin terlalu lama.

“Kita hanya mahu mereka membina sekolah standard.

“Saya sudah penat merayu agar mereka memberikan kita sekolah yang lebih baik,” keluhnya sewaktu melancarkan penerbitan kamus Iban-Bahasa Inggeris oleh Yayasan Budaya Dayak di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Adenan berkata, dalam konteks hari ini masih ada sekolah yang terhumban ke dalam sungai, bahkan masih ada yang tiada bekalan air bersih dan tiada bekalan elektrik.

“Ini amat mengecewakan,” katanya lagi.

Oleh itu katanya, masa untuk bertolak ansur sudah tamat dan Sarawak perlu bertegas dalam perkara ini.

Berdasarkan rekod Jabatan Pelajaran Negeri, Sarawak memiliki lebih 470,000 pelajar dan lebih 42,000 guru, dengan lebih separuh daripadanya berada di kawasan luar bandar.

Menurut Adenan lagi, beliau berusaha untuk mengubah beberapa aspek dasar pendidikan agar lebih sesuai dan memenuhi cita rasa Sarawak.

“Antaranya termasuklah meningkatkan jumlah guru asal Sarawak dan memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris.

“Kita tidak boleh hanya mengikut apa yang ditentukan kepada kita oleh Kuala Lumpur.

“Keseragaman tidak bermakna perpaduan.Kepelbagaian juga boleh bermakna (perpaduan) kerana kami menghargai cara masing-masing.

Menyentuh tentang bahasa, Adenan berkata, pelbagai kaum dan etnik di negeri ini perlu mendokumentasikan, memperkasa dan menghidupkan bahasa ibunda mereka untuk memastikan ia tidak pupus ditelan zaman.

“Ini penting terutamanya kepada kumpulan-kumpulan etnik kecil bagi memastikan ia tidak mati, apabila generasi masa depan lebih berminat menggunakan bahasa asing berbanding bahasa asal mereka, sebagai bahasa pertama.

“Misalnya dengan penerbitan kamus ini pada hari ini, ia akan menyemarakkan penuturan bahasa Iban dan ia akan terus subur digunakan kerana anda menjaga, prihatin dan menyayanginya.

“Etnik dan komuniti lain perlu bertindak serupa bagi mengelakkan ia lenyap.

“Rekodkan. Siapa tahu ada bahasa-bahasa ini yang akan pupus pada masa depan,” katanya lagi sambil memetik contoh bahasa masyarakat asli Amerika Utara seperti Apache dan Cheyenne yang kini berada dalam status bahaya.

Kamus Iban-Bahasa Inggeris setebal 1,980 halaman ini disusun oleh Janang Ensiring, Dr Robert Menua Salleh dan Jantan Umbat daripada Yayasan Tun Jugah dan Prof Emeritus Dr Vinson H Sutlive Jr dan Joanne Sutlive.

Projek yang bermula dua tahun lalu itu mengandungi lebih 30,000 entri. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.