Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keunikan Tasik Kelimutu Kepulauan Flores Yang Memukau Mata - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keunikan Tasik Kelimutu Kepulauan Flores Yang Memukau Mata

Bagi travellers dan backpackers yang sudah mengunjungi Kepulauan Flores, di Indonesia, nama Kelimutu pasti bukan lagi suatu nama yang asing bagi mereka.

Tasik Kelimutu

Nama Kelimutu itu sendiri berasal dari 'keli' yang bermaksud 'gunung' dan 'mutu' bermakna 'mendidih'.

Meskipun tidak terkenal seperti Bali atau Lombok, Kelimutu menyimpan keindahannya yang tersendiri.

Tasik Kelimutu [2]

Dikelilingi flora dan fauna yang indah, Kelimutu adalah gunung berapi berhampiran bandar kecil Moni di pusat Pulau Flores.

Tasik Kelimutu yang mempunyai panorama indah kini menjadi tempat tarikan pelancong yang popular.

Tasik Kelimutu [3]

Pengunjung yang berpeluang ke Kelimutu pasti tidak melepaskan peluang untuk bergambar di ketiga tasik berlainan warna ini.

Tasik Kelimutu [4]

Mengandungi tiga tasik kawah dengan tiga warna berbeza, Kelimutu menjadi destinasi pelancongan wajib bagi sesiapa sahaja yang berkunjung ke Flores.

Tidak seperti tasik-tasik yang lain, tasik di Kelimutu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Tasik Kelimutu [5]

Keunikan tasik Kelimutu ini adalah air dari ketiga tasik yang mampu berubah warna dalam satu-satu masa.

Tasik Tiwu Ata Mbupu atau lebih dikenali sebagai Danau Orang Tua biasanya berwarna biru dan merupakan paling barat antara ketiga tasik yang terdapat di puncak Kelimutu.

Tasik Kelimutu [6]

Dua lagi tasik, Tiwu Nuwa Muri Koo Fai dan Tiwu Ata Polo dipisahkan oleh dinding kawah dan biasanya masing-masing berwarna hijau dan merah.

Warna tasik juga boleh berubah dan bertukar ke warna hijau dan hijau kehitaman berubah dari masa ke semasa.

Tasik Kelimutu [7]

Difahamkan, ia berlaku disebabkan oleh aktiviti gunung berapi yang bermula dari berjuta-juta tahun yang lalu.

Masyarakat tempatan menganggap tasik-tasik ini tempat yang suci sebagai kediaman roh-roh orang mati.

BACA INI JUGA: UNIK! Keindahan Tasik Diatas Tasik!

Sumber: SH | SENTIASAPANAS



Jangan lupa share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.