Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami isteri tinggal di dalam gua 54 tahun, lahirkan 4 anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami isteri tinggal di dalam gua 54 tahun, lahirkan 4 anak

NANCHONG, CHINA: Tentu mengejutkan pada zaman moden ini, masih ada orang yang tinggal di dalam gua.

Tetapi itulah yang berlaku di negara China. Pasangan China terbabit telah tinggal di dalam gua selama 54 tahun, dan disifatkan “pasangan bahagia” oleh penduduk di sekitarnya.

Puncanya, mereka tidak punya wang untuk membeli rumah atau menyewa.

Li Suying, 77,  mengahwini Liang Zifu, 81, di  Nanchong, wilayah Sichuan 57 tahun lalu menurut, Chengdu Economic Daily.

Pasangan itu tinggal di dalam gua, dan berpindah sebanyak tiga kali, tetapi tetap terus mahu hidup di dalam gua.

“Kehidupannya susah,” kata Liang memberitahu keadaan hidup yang terpaksa diharungi isterinya di dalam gua.

Rumah mereka di dalam gua kini mempunyai bilik tidur, ruang tamu dan dapur.

Mereka melahirkan anak dan membesarkan mereka di dalam gua, tetapi mengakui mereka kesunyian kerana anak-anak mereka dan jiran tetangga yang pernah  tinggal di situ telah berhijrah ke bandar dan kota.

Pihak berkuasa tempatan dikatakan gagal dalam usaha memujuk mereka meninggalkan tempat penginapan berkenaan.

Mereka mengakui sudah selesa tinggal di dalam gua.

Lagipun, mereka menganggap tempat itu lebih dingin.

Kisah mereka kini banyak dibincangkan oleh netizen di media sosial, dan mulai mendapat perhatian media antarabangsa. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.