Qualcomm Mengumumkan Teknologi Clear Sight Untuk Sistem Dwi-Kamera
Sistem dwi-kamera dijangka menjadi semakin popular tahun hadapan. Ia kini bukan sahaja digunakan pada peranti utama, malah digunakan oleh peranti kelas pertengahan seperti Honor 6X. Oleh itu Qualcomm mengumumkan teknologi baru Clear Sight untuk meningkatkan kemampuan memproses gambar sistem dwi-kamera.
Clear Sight disokong oleh pemproses Snapdragon 820 dan 821. Menerusi teknologi ini gambar hitam putih dan berwarna diambil serentak. Kedua-dua imej ini kemudian digabungkan untuk menghasilkan gambar yang lebih terang dan tajam. Selain daripada gambar yang diambil pada waktu malam akan menjadi lebih terang tanpa masalah noise yang ketara. Clear Sight memastikan proses gabungan gambar dapat dilakukan dengan pantas. Sistem ini mempunyai persamaan dengan yang digunakan pada peranti Huawei P9 sebelum ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cz5Cfq
Post a Comment