LG, Huawei Dan Motorola Tiada Perancangan Memperkenalkan Peranti Android Wear Baru Tahun Ini
Jam tangan pintar boleh dikatakan masih menjadi salah satu peranti yang tidak diminati ramai – antara sebabnya adalah kerana harga jualan dan juga kerana masa penggunaan bateri yang ditawarkan olehnya. Terkini, lanjutan daripada pengenalan jam tangan pintar Gear S3 daripada Samsung dan Apple Watch Series 2, ia dilihat rakan kerjasama untuk Android Wear tiada perancangan memperkenalkan model baru untuk musim penghujung tahun ini.
LG, Huawei dan Motorola yang menjadi rakan kerjasama utama untuk peranti Android Wear pada tahun lepas dilihat tiada perancangan untuk memperkenalkan kemaskini model baru untuk tahun ini.
Perkara ini sekaligus memperlihatkan yang mana permintaan untuk jam tangan pintar adalah masih rendah dikalangan pengguna buat masa ini. Malah, pengeluar seperti Huawei ingin menantikan supaya saiz komponen menjadi lebih kecil untuk dimuatkan pada jam tangan pintar.
Buat masa ini, ia boleh dikatakan pasaran jam tangan pintar diterajui oleh Apple dan Samsung, selain pelbagai pilihan gelang tangan kecergasan di pasaran.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cZkdSx
Post a Comment