(Ura-Ura) Cip Exynos 8895 Meningkatkan Kemampuan Memproses Imej Sehingga 70%
Cip pemproses Exynos 8895 ialah cip yang sedang dibangunkan oleh Samsung untuk Galaxy S8. Ura-ura spesifikasi cip ini mula didengari antaranya ialah ia meningkat kemampuan memproses imej sebanyak 70% berbanding Exybos 8890. Exynos 8895 akan menggunakan teknologi FinFET 10mm yang hanya memerlukan 5 Watt kuasa bagi mengurangkan lagi penggunaan bateri.
Markah penanda aras pula dikatakan mencecah 2301 markah untuk satu teras dan 7019 markah untuk pelbagai teras. Sebagai perbandingan cip Apple A10 Fusion mencatatkan 3379 markah untuk satu teras 5495 markah untuk pelbagai teras. Galaxy S7 dan Note 7 kedua-duanya mempunyai kemampuan kamera yang kami rasakan terbaik bagi peranti mobil 2016.
Sekiranya ura-ura ini benar, ianya pasti mengujakan peminat seni fotografi menggunakan peranti pintar. Pada waktu yang sama pengurangan penggunaan tenaga juga menarik kerana hayat penggunaan peranti yang panjang adalah antara faktor utama pembelian sesebuah peranti.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cozBfD
Post a Comment