Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syabas, S4S melunak menjelang Hari Malaysia, esok! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syabas, S4S melunak menjelang Hari Malaysia, esok!

KUALA LUMPUR: Memetik kenyataan akhbar tempatan, ketika sekumpulan penyokong Sarawak for Sarawakians (S4S) berhimpun di hadapan pejabat Jabatan Pendidikan Negeri di Kuching, Ketua S4S Peter John Jaban berkata beliau tidak menghalang penyokong yang mahu ke Bintulu menyambut Hari Malaysia (esok 16 September).

Peter sangat profesional dalam memberi jawapannya kepada wartawan Sabtu lepas.
“Ia adalah Hari Malaysia, semua orang boleh pergi. (Tarikh) 16 September menandakan penubuhan Malaysia, dan jika mereka mahu pergi, kenapa tidak?” kata Peter menjawab soalan wartawan Utusan Borneo.

Peter nama samarannya “Papa Orang Utan” dilihat semakin melunak dengan Kerajaan Negeri berbanding sikapnya sebelum ini semasa mengendalikan Radio Free Sarawak, stesen radio gelombang pendek yang berpangkalan di London yang sangat kritikal terhadap kerajaan.

Peter dalam perhimpunan tersebut menyokong usaha Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dalam perjuangannya mendapat autonomi pendidikan.

Peter berkata beberapa sekolah di luar bandar Sarawak amat perlu dinaik taraf agar setanding sekolah bandar serta sekolah di Semenanjung.

Menurutnya, Sarawak sememangnya berhak menyediakan sistem pendidikan yang lebih baik dan memerlukan dana tambahan dari Kerajaan Persekutuan.

Pada perhimpunan tersebut beliau berkata lagi bahawa Sarawak memerlukan dana tambahan dari Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf kemudahan sekolah dan membina sekolah baharu.

Peter menggesa agar kerajaan menjaga guru, dengan lebih ramai guru berkelayakan dari Sarawak dapat berkhidmat dalam dunia pendidikan.

Sewajarnya kita mempunyai hak menuntut keperluan dan kepentingan untuk rakyat banyak.

Ia sama seperti kita menuntut agar semua rakyat menjaga perpaduan di dalam negeri dan memelihara integrasi nasional yang terpelihara lebih lima dekad.

Peter dilihat lebih rasional dan berpijak atas realiti semasa, bahawa mengisi makna kemerdekaan sama pentingnya dengan menuntut hak.

Dalam sistem demokrasi terpimpin seperti di Malaysia, secara demokrasi kita juga dibenarkan menuntut hak mengikut saluran demokrasi.

Di sini, S4S dilihat melunak dan difahamkan dalam perhimpunan yang lepas mereka memaklumkan perhimpunan tersebut dengan pihak berkuasa atas dasar tidak tergamak mencabar undang-undang.

Dalam perhimpunan lebih setengah jam itu mereka membawa poster menunjukkan gambar wajah Adenan dengan ungkapan “Kami rakyat Sarawak berdiri di belakang anda! KM Adenan Satem”.

Ya, mengikut kaedah Adenan, menuntut autonomi yang menjadi hak Kerajaan Negeri adalah satu keperluan.

Bagi Adenan, Kerajaan Negeri hanya menuntut hak autonomi yang sepatutnya dinikmati oleh Sarawak sesuai dengan perjanjian awal dan tidak timbul persoalan membawa Sarawak keluar dari Malaysia.

Telah jelas bahawa Sarawak memang pernah dijajah oleh kuasa asing dari keluarga Brooke kepada kerajaan British.

Keputusan nenek moyang terdahulu bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia adalah tepat dan tidak pernah silap.

Ketika itu kita kerdil, masih kurang cerdik pandai, bahkan tidak kurang yang buta erti merdeka.

Tertegaknya sebuah negara merdeka seperti Malaysia tercarta dalam peta dunia gabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Jika berlaku cacat cela dalam menjaga hubungan ini, ia adalah kelemahan manusia.
Kita masih boleh berbuang dan berambil, masil boleh bermuhasabah dan menilai semula.
Justeru, Adenan menjalankan tugas ini penuh bertanggungjawab dan menggunakan saluran diplomasi serta bersesuaian mengikut lunas kemerdekaan.

Malaysia mempunyai jati dirinya sendiri semasa terbentuknya Malaysia pada Hari Malaysia pada ulang tahunnya esok, 16 September selepas kita meraikan ulang tahun 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan.

Jika kita mahu suatu tarikh dihormati bahawa Sarawak “terlepas” dari tangan penjajahnya pada 22 Julai, maka tiada sebab untuk kita tidak menghargai usaha lima dekad yang penuh warna-warni bersama Malaysia sebagai sebuah negara yang semakin mendapat nama di Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Sesiapa pun boleh berdebat soal merdeka sendiri atau merdeka bersama orang lain.
Berdebat soal rugi dan untung. Ada orang berkata, bagaimana kalau untung kalau sendiri. Persoalannya kalau untung… tetapi bagaimana kalau rugi.

Begitu juga ada orang berkata mungkin rugi kalau sendiri, tetapi persoalannya, bagaimana pula kalau untung.

Kalau berkalau mudah diungkapkan dan tidak menyelesaikan masalah. Benarlah kata bijak pandai, mencapai kemerdekaan adalah satu perkara dan mengisi kemerdekaan adalah satu perkara lain.

Sangat jelas bahawa mengisi kemerdekaan lebih sukar daripada menuntut merdeka.
Kita masih mahu berdebat soal fakta bahawa kita sudah bersama dan bersama selama lima dekad?

Mahu atau tidak mahu, kita terpaksa mengakui bahawa kemerdekaan lebih lima dekad bersama Malaysia telah menjadikan kita mempunyai identiti tersendiri bahawa kebebasan beragama, dengan kepelbagaian budaya bangsa bebas dilakukan tanpa halangan.

Ini mampu menjadikan Malaysia sebuah subjek beridentiti tersendiri, unik dan ia hebat.
Persoalan keadilan dan ketidakadilan sebahagiannya mungkin realiti melihat kepada keadaan persekitaran termasuk manusianya, bangunan dan bandar serta kemewahan yang kerap dikaitkan dengan pemodenan.

Manakala, sebahagian lagi adil atau tidak adil mungkin berupa persepsi, yang lebih kepada tidak dapat dilihat serta andaian semata-mata. Ia terbit daripada rasa tidak puas hati.

Kedua-dua bentuk ini, setakat ini tidak pernah terhalang dalam amalan demokrasi negara bahawa kita telah pun memperjuangkan hak mengikut saluran agar perpaduan keamanan dan keselamatan individu, masyarakat, negeri dan negara sentiasa terpelihara.

Dengan terpeliharanya keamanan ini, menjamin kita untuk dapat menuntut hak kita mengikut kaedah dan saluran undang-undang.

Jangan lupa bahawa Perjanjian Malaysia 1963 juga dibuat atas nama undang-undang dan ia dilakukan oleh manusia. Ia bukan wujud sendiri!
Selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia dari Perlis sampailah ke Sabah! Kita tetap merdeka!



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.