Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Sebenar Mengapa Bapa Ini Bawa Anak Bonceng Motor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Sebenar Mengapa Bapa Ini Bawa Anak Bonceng Motor

Kisah Sebenar Mengapa Bapa Ini Bawa Anak Bonceng Motor

bonceng

Sekeping gambar telah menjadi viral di laman sosial yang menunjukkan seorang bapa membawa anak kecilnya menggunakan ‘baby carrier’ dan menaiki motosikal.

Ada juga pihak yang tidak selesa dengan tindakan bapa berkenaan dan menyatakan tindakan bapa itu mengendong bayi seperti itu adalah amat berbahaya dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi berkenaan.

Akhirnya, bapa berkenaan telah tampil menceritakan kisah sebenar tentang kejadian itu.

Menurutnya, gambar berkenaan dimuat naik semula oleh rakannya sempena hari lahirnya yang baru berlalu. Katanya, gambar tersebut adalah gambar tahun lalu dan rakannya telah memuatnaik semula gambar itu dan menjadi viral di laman sosial baru-baru ini

Kini, dia tidak lagi berbuat seperti itu kerana telahpun membeli sebuah kereta dan isterinya pula sudah pun berhenti kerja dan memberi tumpuan membesarkan anaknya yang kini sudah hampir berusia tiga tahun.

Ini komennya:

TIADA ORANG NAK TOLONG JAGA ANAK

“Sebenarnya, ketika itu saya hendak menjemput isteri dari tempat kerja. Saya agak terdesak berbuat demikian sebab tiada siapa boleh tolong jaga anak saya yang ketika itu baru lima bulan,”

“Gambar itu dirakam oleh rakannya itu semasa dalam perjalanan menjemput pulang isterinyadari Ayer Keroh ke Bandaraya Melaka, namun disebabkan tiada siapa dapat membantu menjaga anaknya ketika itu, dia terpaksa menggendong anaknya menggunakan ‘baby carrier’ yang dianggapnya sebagai selamat.”

“Saya buntu ketika itu dan tidak tahu nak buat macamana. Itulah yang membuatkan saya mengambil keputusan menggendong anak. Ketika itu, saya hanya ada motosikal.”

DIUPLOAD SEMULA OLEH KAWAN

“Gambar itu dimuatnaik semula sekadar suka-suka kerana kami dulu pernah berkonvoi bersama. Hanya tanda ingatan dia sempena hari lahir saya. Tak sangka akan `viral’ semula”

“Ketika itu juga saya baru saja berpindah ke Melaka. Lebih 10 kali saya bawa anak seperti itu untuk menjemput isteri pulang dari tempat kerja. Ada orang menasihati saya supaya berhenti melakukannya. Tapi, kekadang ada juga rakan ikut saya untuk memastikan keselamatan kami,”

REAKSI NETIZEN

“Saya juga ada membaca komen daripada pengguna laman sosial di FB rakan saya itu yang rata- ratanya memberikan reaksi positif dan ada juga yang mengecam tindakan saya itu.

“Apapun saya lakukan itu disebabkan kerana terdesak dan sudah pasti sebelum berbuat demikian saya memastikan keselamatan anak. Biarlah apa mereka nak cakap kerana mereka tidak berada di tempat saya,”

Apapun kini lelaki berkenaan telahpun membeli kereta. Jadi kes berkenaan dah tamat.  -PENMERAHDOTCOM

The post Kisah Sebenar Mengapa Bapa Ini Bawa Anak Bonceng Motor appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.