Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akibat cemburu, lelaki sedang tidur dibunuh dengan galah diikat parang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akibat cemburu, lelaki sedang tidur dibunuh dengan galah diikat parang

SUNGAI BULOH: Parang yang diikat dengan galah sepanjang tiga meter telah digunakan sebagai senjata untuk membunuh seorang lelaki yang sedang tidur di Kampung Melayu, Subang, di sini, pada Isnin lepas (28 Nov).

Tiga lelaki termasuk seorang bekas anggota polis, dipercayai telah melakukan jenayah itu melalui tingkap bilik tidur mangsa berkenaan, hanya dengan upah RM1,200 setiap seorang.

Ini semua akibat cemburu seorang lelaki warga Indonesia apabila isteri keduanya diganggu, dan dia bertindak mengupah ketiga-tiga lelaki itu untuk membunuh lelaki yang mengganggu isterinya di rumah berkenaan, pada pukul 2.30 pagi hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata isteri mangsa yang menyedari kejadian berkenaan, sempat merampas galah itu tetapi ketiga-tiga lelaki itu dapat meloloskan diri.

“Mangsa yang ditikam itu dikenali sebagai Yanto, 20an, mengalami pendarahan parah di perut dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh isterinya,” katanya dalam sidang media di sini Isnin.

Abdul Aziz berkata mangsa disahkan meninggal dunia dua hari kemudian selepas dirawat di hospital itu.

Ditanya pemberita sama ada suspek yang mengupah tiga lelaki itu turut terlibat dalam cubaan membunuh mangsa, Abdul Aziz berkata suspek itu dipercayai bertindak sebagai dalang.

Keempat-empat mereka ditahan di Kampung Melayu Subang pada Jumaat lepas.

Bekas anggota polis yang ditahan itu, merupakan anggota yang dipecat daripada perkhidmatan kerana mempunyai kes salah laku, katanya.

Kesemua mereka ditahan reman seminggu untuk siasatan lanjut. – Bernama

KLIK VIDEO: Anwar tegur Najib PM bukan bercakap tapi bertindak isu Rohingya

DIKEMASKINIDr Mahathir: Nabi tak ada RM2.6b, 1MDB

KLIK BACA: Kenyataan Muhyiddin mengenai Najib menagih setia di Perhimpunan Agung Umno

TERKINI: Selamat tinggal Umno Yang Muflis Di PAU 2016 – Mujahid Yusof Rawa

KLIK BACA: Jangan beri alasan konon saya pun buat apa yang Najib buat – Tun Mahathir

The post Akibat cemburu, lelaki sedang tidur dibunuh dengan galah diikat parang appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2gbHmVm

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.