Kastam sasar kutipan GST tahun ini RM38 bilion
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan jumlah kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mencecah RM38 bilion pada tahun ini, kata Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad.
“Sehingga November, kira-kira RM37 bilion telah berjaya dikutip dan sasaran kutipan RM38 bilion pada tahun ini dijangka akan dicapai memandangkan perlaksanaan sistem GST kini dilihat semakin stabil dan ia dijangka stabil sepenuhnya dalam jangka masa lebih kurang tiga ke empat tahun akan datang.
“Dari segi pematuhan perlaksanaan GST di negara ini, kita telah mencapai tahap 97 peratus penyampaian borang kutipan GST oleh peniaga dan ia jelas
menunjukkan wujud kesedaran dalam kalangan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Seminar Kolaborasi Agensi Penguatkuasaan di Melaka, hari ini yang dirasmikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.
Beliau juga berkata Kastam mengunjurkan peningkatan antara 10 hingga 13 peratus jumlah kutipan GST pada 2017.
Beliau berkata JKDM akan memberi fokus terhadap isu pematuhan penyampaian penyata GST dalam aspek kualiti sebagai salah satu langkah penambahbaikan sistem percukaian itu pada tahun hadapan dan bagi memastikan sasaran kutipan GST berkenaan dapat dicapai. – Bernama | Foto FMT
KLIK VIDEO: Anwar tegur Najib PM bukan bercakap tapi bertindak isu Rohingya
DIKEMASKINI: Dr Mahathir: Nabi tak ada RM2.6b, 1MDB
KLIK BACA: Kenyataan Muhyiddin mengenai Najib menagih setia di Perhimpunan Agung Umno
TERKINI: Selamat tinggal Umno Yang Muflis Di PAU 2016 – Mujahid Yusof Rawa
KLIK BACA: Jangan beri alasan konon saya pun buat apa yang Najib buat – Tun Mahathir
The post Kastam sasar kutipan GST tahun ini RM38 bilion appeared first on Malaysia Stylo.
Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2gHgVqX
Post a Comment