Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gudang simpan perabot dan peralatan elektrik musnah dijilat api di Serian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gudang simpan perabot dan peralatan elektrik musnah dijilat api di Serian

SERIAN: Sebuah gudang musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Tangga By-Pass dekat sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan memberitahu, kejadian yang menimpa gudang Joon Tong itu dimaklumkan oleh orang awam yang datang sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat Serian sekitar jam 4.10 petang.

“Setelah mendapat maklumat, dua jentera dengan kekuatan 15 anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian dan Siburan.

“Diketuai Pegawai Operasi, James Gani, pasukan tiba 20 minit kemudian, sebelum memulakan kerja-kerja pemadaman.

Difahamkan, gudang tersebut menempatkan barangan perabot dan elektronik.

Tidak melibatkan sebarang mangsa, kerosakan pada gudang itu adalah menyeluruh, termasuk pada struktur kekal.

“Anggaran kerugian bagaimanapun masih belum diketahui kerana masih ditaksir oleh pemilik gudang.

Punca kejadian juga masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran, katanya. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.