Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mesej PAU 2016: UMNO dan Najib sebagai ‘penjaga’ bangsa Melayu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mesej PAU 2016: UMNO dan Najib sebagai ‘penjaga’ bangsa Melayu

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 sudah pun melabuhkan tirainya. Hari ini semua perwakilan telah sampai ke rumah masing-masing. PWTC tinggal sepi, yang dibawa pulang ialah kenangan, memori dan harapan yang akan diabadikan.

UMNO bukan parti biasa dan PAU 2016 bukanlah sekadar ritual tahunan. Apa mesej yang mahu disampaikan oleh PAU 2016 kepada bakal pengundi di luar sana?

Parti politik ialah sebuah institusi yang bernyawa. Ada parti dapat bertahan lama sehingga mencecah usia 70 seperti UMNO. Dan banyak juga parti berakhir riwayatnya di usia muda, misalnya seperti Parti Negara dan Parti Melayu Semangat 46.

Pergeseran, pertelingkahan dan perkelahian dalaman merupakan antara punca yang memusnahkan sebuah parti politik. Ada juga parti berkubur kerana pemimpin pengasasnya sudah lagi tidak bersama parti itu.

Parti UMNO dapat bertahan sehingga 70 tahun di persada politik Malaysia kerana ia bertindak sebagai penjaga, pengasuh dan pelindung  kepada bangsa Melayu. Ideologi yang mendasari perjuangannya ialah kepentingan Melayu,  agama Islam dan Raja-raja Melayu. Ideologi ini boleh disifatkan sebagai landasan yang konsisten dan tidak berubah semenjak penubuhan awalnya

Sementara itu, dasar dan prinsip perjuangan UMNO pula bersifat pragmatik dan mengalami proses penyesuaian. Misalnya, dasar bekerjasama dan berkongsi kuasa dengan parti-parti bukan Melayu, soal pembangunan, dasar pembangunan usahawan dan sebagainya.

Oleh kerana prinsip perjuangan yang pragmatik itulah PAU lazimnya sentiasa menggelegak dengan isu-isu panas dan permasalahan semasa. Pemimpin atasan ditegur, penghujahan diberikan dan kebijaksanaan dicanang untuk mencari jalan keluar menangani masalah yang melibatkan bangsa Melayu, umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Teguran dan kritikan dalam persidangan UMNO tidak membawa kepada perbalahan dan memperlihatkan demokrasi cara Melayu. Cebisan nukilan madah oleh Usman Awang dan Tenas Affendi yang diungkapkan oleh Datuk Seri Najib Razak semasa ucapan dasar presiden dalam PAU 2016 memberi gambaran terbaik mengenai amalan demokrasi dalam UMNO. Antaranya ialah,

Kalau berkelahi biarlah cara Melayu

menikam dengan berpantun

menyanggah dengan kuntuman senyum

merayu dan meminta hendaklah kepada yang kasih dan sudi memberi

mencontoh biarkan kepada yang senonoh

berteladan kepada yang sepadan

adilnya menjadi hakim

amanah dalam bersumpah

Yang datang dan berhujah di perhimpunan agung UMNO biasanya bukan calang-calang orang. Mereka dipilih dan disaring daripada peringkat bahagian, negeri dan sayap parti seperti Puteri, Wanita dan Pemuda.

Selain ideologi, prinsip perjuangan dan amalan demokrasi dalaman, UMNO juga juga menjadi platfom menetaskan kepemimpinan kepada bangsa Melayu. Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Badawi dan  Najib  merupakan antara barisan kepemimpinan yang telah lahir menerusi batang tubuh UMNO.

Dalam soal kepimpinan, orang Melayu secara keseluruhannya sentiasa bertanya, siapakah pemimpin mereka yang berkesan?

Sejarah PRU 2008 dan 2013 menunjukkan, ada negeri memilih gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ada negeri memilih untuk berada di bawah kepimpinan  Najib.

Najib  telah menjadi presiden UMNO selama lapan tahun. Dalam UMNO beliau mendapat sokongan padu dan tidak berbelah bahagi sepertimana yang diperlihatkan menerusi ikrar dan walak yang diberikan oleh perwakilan di PAU 2016.

Dengan mesej yang begitu sarat daripada persidangan agung UMNO baru-baru ini, timbul persoalan adakah Najib kini diterima sebagai ‘penjaga’, ‘pengasuh’ dan ‘pelindung’ bangsa Melayu?

Persoalan ini akan terjawab menerusi bilangan kerusi yang bakal diserahkan oleh orang Melayu kepada UMNO dalam PRU 14 nanti.

Apa yang jelas sehingga kini ialah keindukan UMNO sebagai penjaga bangsa Melayu ternyata padu, bersatu dan sukar digugat. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.