Hi! Welcome Back and Stay Tune! Makanan berterbangan, pesawat Royal Brunei terolak dalam perjalanan dari Kuala Lumpur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Makanan berterbangan, pesawat Royal Brunei terolak dalam perjalanan dari Kuala Lumpur

MIRI: Para penumpang pesawat Royal Brunei Airlines dari Kuala Lumpur ke Bandar Seri Begawan semalam berhadapan saat cemas apabila terlibat dalam pergolakan udara yang dahsyat.

Keadaan itu menyebabkan pesawat terturun beberapa saat menyebabkan hiruk-pikuk dan panik di dalam kabin penumpang.

Menurut kenyataan syarikat itu, keadaan berlaku sejurus selepas hidangan disajikan, menyebabkan makanan dan pelbagai peralatan lain terjatuh dan berselerakan di lantai pesawat.

Olakan udara merupakan perkara biasa dalam mana-mana penerbangan tetapi ia tidak dapat dijangka dan jarang berlaku.

“Anak-anak kapal kami dilatih sepenuhnya untuk berurusan dengan situasi seperti ini,” kata kenyataan itu lagi.

Tidak ada penumpang atau anak kapal yang cedera semasa olakan tersebut dan pesawat mendarat dengan selamat di Bandar Seri Begawan pada jam 2.32 petang seperti yang dijadualkan. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.