Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Dilaporkan Mungkin Hadir Dengan Fungsi Koleksi – Seumpama Pada Snapchat Atau Twitter - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Dilaporkan Mungkin Hadir Dengan Fungsi Koleksi – Seumpama Pada Snapchat Atau Twitter

Pada Snapchat atau Twitter, terdapat fungsi koleksi tersendiri dalam memudahkan penemuan sesuatu perkara berkaitan topik yang sama. Di Snapchat, ia dipanggil Snapchat Discover, sementara Twitter pula sedikit berbeza melalui Moments. Kini, Facebook dilaporkan sedang menguji fungsi yang lebih kurang sama pada platform mereka.

Facebook dikatakan telah mula menghubungi beberapa media dan syarikat hiburan untuk menghasilkan kandungan untuk sebuah fungsi yang dinamakan sebagai Facebook Collections.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah yang ditawarkan melaluinya – tetapi daripada namanya, ia dilihat akan hadir dengan sokongan membolehkan penerbit kandungan memperlihatkan suatu siri kandungan dalam papapran yang menarik di Facebook.

Pengenalan fungsi ini juga dijangka akan dapat mengatasi masalah berita dan artikel palsu yang tersebar meluas di platform berkenaan.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2g8pri7

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.