Hi! Welcome Back and Stay Tune! RM15 juta untuk pulihara kubu lama seluruh Sarawak sebagai penjana pelancongan – Abang Johari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RM15 juta untuk pulihara kubu lama seluruh Sarawak sebagai penjana pelancongan – Abang Johari

SARATOK: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk tujuan menaiktaraf kubu bersejarah di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri , Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyatakan perkara tersebut sewaktu merasmikan Regatta Saratok 2016 di sini hari ini.

Menurut Abang Johari, kesemua kubu bersejarah di negeri ini akan terus dipulihara dan dinaik taraf sebagai bahan sejarah yang mempunyai nilai komersial untuk tujuan pelancongan.

Selain itu, tradisi regatta atau lumba perahu yang lebih dikenali sebagai acara sukan rakyat dan tradisional yang kerap diadakan di banyak tempat di negeri ini boleh menjadi aset pelancongan bagi kawasan yang kerap mengelolakan acara berkenaan.

Jelas Abang Johari, acara yang dianjurkan dengan baik dan terancang akan mampu menjadi wadah perpaduan dan riadah yang baik.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan , Kesenian, dan Kebudayaan Dan Menteri Perumahan dan Urbanisasi Sarawak turut menjelaskan bahawa pelancong asing sangat menggemari sukan rakyat yang unik seperti lumba perahu.

“Penganjuran acara yang berkualiti mampu menarik minat penyertaan daripada pasukan luar kawasan. Ini sekali gus akan membantu mempromosi daerah terlibat kepada masyarakat luar.

“Acara regatta perlu diberi nilai tambah agar ia menjadi lebih menarik dan unik di mata pelancong dan peminat tempatan,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38 Kalaka, Datuk Haji Abdul Wahab Aziz. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.