Lelaki selamba curi baldi berisi emas 39 kg bernilai RM7 juta
MANHATTAN: Polis memburu pencuri keturunan Hispanic yang berjaya melarikan bekas baldi aluminium berisi kepingan emas seberat 39 kilogram bernilai AS$1.6 juta (RM7 juta) di tengah-tengah kesibukan Manhattan.
Kamera pegawasan litar tertutup (CCTV) menunjukkan kecurian itu yang berlaku hanya dalam tempoh 20 saat ketika orang ramai sibuk lalu-lalang di kota Manhattan.
Menurut laman berita antarabangsa, salah seorang pengawal keluar dari trak mengambil barang.
Sementara, seorang lagi pengawal beredar ke tempat duduk di hadapan trak untuk mengambil telefon bimbitnya.
Mereka berdua secara tidak sengaja meninggalkan trak kebal keselamatan berkenaan tanpa pengawasan selama 20 saat.
Menurut CNN, kamera litar tertutup (CCTV) di West 48th Street, Manhattan, New York berjaya merakam aksi lelaki berusia sekitar 50-an itu, setinggi 1.52 meter, seberat sekitar 68 kilogram mencuri selamba lalu cuba mengangkat emas berat itu.
Jarak jalan yang pendek sepatutnya mengambil masa hanya 10 minit berjalan kaki itu, terpaksa diharungi lelaki tersebut selama sejam.
Pada akhir rakaman video CCTV itu, pencuri itu dilihat memasuki van di 48th Street and Third Avenue.
Pihak polis percaya suspek bersembunyi di Orlando atau Miami bersama-sama kepingan emas itu.
“Saya rasa dia hanya terlihat satu kesempatan, lalu mengambil baldi berisi emas itu,” kata detektif polis New York Martin Pastor dan menambah lelaki tersebut mungkin tidak tahu isi di dalamnya.
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment