Apple Masih Mempunyai Perancangan Menghasilkan “Desktop Yang Bagus” Di Masa Hadapan
Sejak kebelakangan ini Apple lebih menumpukan perhatian kepada penghasilan iPhone berbanding komputer yang menjadi “produk ruji” mereka sejak 1976. Perubahan fokus ini berlaku kerana kita kini hidup di dalam dunia pasca PC. Pengguna lebih kerap menukar peranti mudah alih berbanding komputer di rumah. Tidak mengejutkan komputer MacBook hanya menerima model baru selepas lebih 600 hari manakala Mac Pro sudah lebih 1000 hari tidak dikemaskini.
Ramai yang risau dengan hala tuju syarikat komputer ini selepas pemergian Steve Jobs. Bagi yang menantikan model baru komputer desktop dari Cupertino, berita ini mungkin akan memberikan sedikit harapan.Tim Cook telah memuat naik mesej kepada kakitangan Apple dan menegaskan syarikat ini masih komited dalam penghasilan desktop yang bagus di masa hadapan. Sudah lebih 400 hari sejak model terkini desktop dilancarkan.
Dengan mesej ini ia memberikan harapan mungkin akhirnya iMac dan Mac Pro baru akan akhirnya memasuki pasaran. Apakah agaknya inovasi yang bakal diperlihatkan pada model terbaru komputer desktop ini? Mungkin Touch Bar pada papan kekunci seperti MacBook Pro 2016? Nantikan kemunculannya tahun hadapan.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hC1UHt
Post a Comment