Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jumlah Galaxy Note 7 Masih Aktif Melebihi Jumlah LG V20 Dan Beberapa Peranti Android Lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jumlah Galaxy Note 7 Masih Aktif Melebihi Jumlah LG V20 Dan Beberapa Peranti Android Lain

Arahan memulangkan semula Samsung Galaxy Note 7 sudah diberikan sejak pertengahan Oktober lalu atas sebab keselamatan. Tetapi seperti yang kami laporkan minggu lalu masih terdapat lebih 300 000 peranti ini masih aktif digunakan. Ini membuatkannya lebih banyak digunakan berbanding LG V20, OnePlus 3T dan HTC Bolt yang merupakan peranti lebih baru mengikut data yang dikongsi Apteligent.

Jumlah peranti aktif ini akan berkurangan secara mendadak 15 Disember hadapan apabila kemas kini terbaru akan menghalang ia dari dicaj di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula kapasiti bateri akan dihadkan ke 30%. New Zealand bertindak lebih drastik dengan mematikan terus fungsi selular phablet dengan stylus terbina ini sejak bulan lalu.

Antara sebab mengapa masih terdapat pengguna yang degil ialah kerana tiada peranti gantian yang setanding dengannya. Terdapat juga sebilangan pengguna yang menyimpannya kerana percaya ia akan lebih bernilai di masa hadapan.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hCRlEb

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.