Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu Uber Terjumpa Bayi Ditinggal Bawah Pokok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu Uber Terjumpa Bayi Ditinggal Bawah Pokok

Pemandu Uber Terjumpa Bayi Ditinggal Bawah Pokok

bayi

Seorang bayi lelaki yang lengkap berpakaian ditemui ditinggalkan di bawah pokok.

Kejadian beraku di belakang Apartmen Casa Tiara, SS 16, Jalan Kemajuan, Subang Jaya.

Bayi itu ditemui oleh seorang pemandu Uber malam tadi ketika melalui kawasan berkenaan.

Umur bayi itu dianggarkan berusia dua minggu.

Pada jam 11.40 malam selepas pemandu Uber yang baru menurunkan penumpang di lobi apartmen terbabit.

Pemandu Uber itu kebetulan membuka tingkap keretanya ketika melalui kawasan berkenaan dan terdengar suara bayi menangis.

Dia kemudian ternampak seorang bayi sedang menangis dengan kuat dan bergerak-gerak dalam balutan kain  di atas tanah di bawah pokok bersama satu beg plastik.

Beliau kemudiannya menghubungi polis memaklumkan perkara itu.

Polis mengesahkan kejadian berkenaan.

Pihak polis hadir dan kemudian mengambil bayi yang cukup sifat itu dan dibawa ke Balai Polis Subang Jaya sementara menunggu ketibaan ambulans.

Ini kenyataan polis:

“Bayi berkenaan kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Pemeriksaan mendapati ada sedikit tanda lebam di tangan kirinya, namun belum dapat dipastikan sama ada ia disebabkan kecederaan atau tanda lahir.

“Bayi seberat 2.85 kilogram (kg) itu juga didapati mengalami kembung perut selain tali pusatnya sudah tertanggal.

“Buat masa ini, bangsanya belum dapat dipastikan dan dia kini diletakkan di wad untuk pemeriksaan lanjut,”

“Kita sedang meneliti kemungkinan bayi berkenaan dilahirkan di hospital itu.

“Pihak PPUM juga sedang mengesan sekiranya mereka mempunyai rekod bayi berkenaan.

“Justeru, kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat mana-mana jiran yang baru melahirkan anak, namun tidak lagi mendengar tangisan bayi di rumah mereka supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” 

Katanya, pemeriksaan mendapati beg plastik yang ditinggalkan dengan bayi berkenaan mengandungi beberapa lampin, sabun mandian bayi, susu bayi serta botol susu.

Selain itu, katanya, pemeriksaan mendapati bayi itu pakaikan dengan kain bedung bertulis PPUM berwarna hijau.

Pihak PPUM mengesahkan ianya milik hospital.

Kes masih disiasat. -PENMERAHDOTCOM

The post Pemandu Uber Terjumpa Bayi Ditinggal Bawah Pokok appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.