Kingston Hadir Dengan Pemacu USB Dengan Kapasiti Sebesar 2TB
Kingston merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena storan mudah-alih. Terkini, bersempena dengan CES 2017, pihak Kingston turut mengambil peluang untuk memperkenalkan pemacu USB terbaru mereka dengan kapasiti storan sehingga 2TB – sekaligus menjadikan ia antara terbesar di pasaran.
Dinamakan sebagai DataTraveler Ultimate GT (Generation Terabyte), Kingston menawarkan ia dalam variasi storan 1TB dan 2TB. Ia menggunakan sambungan USB-A – yang mana mungkin tiada masalah dengan komputer lama, tetapi memerlukan penghubung tambahan sekiranya menggunakan komputer baru yang hanya hadir dengan USB-C sahaja.
Dari segi kelajuan, ia menggunakan USB 3.1, dan sesuai sekiranya anda membuat penyuntingan video yang banyak – apatah lagi pada era kini yang memfokuskan rakaman video 4K dan juga video 360-darjah.
Pihak Kingston masih belum mengumumkan harga jualannya buat masa ini. Namun, dengan kapasiti storan tersebut, kita boleh menjangkakan harga jualannya sedikit mahal – dan mungkin perlu nantikan beberapa bulan (mahupun tahun) sebelum ianya menjadi lebih murah.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hNA8Es
Post a Comment