Synaptics Mengumumkan Sistem Keselamatan Biometri Imbasan Wajah Dan Jari
Sistem pengesan biometri kini digunakan dengan lebih meluas kerana kos penghasilan yang semakin murah. Pengimbas cap jari kini mula digunakan pada peranti kelas permulaan. Synaptics ialah antara syarikat yang menghasilkan sistem imbas cap jari dan mereka mengumumkan sistem baru yang menggabungkan sistem imbasan cap jari dan wajah.
Sistem baru ini berfungsi secara automatik mengikut situasi. Peranti yang menggunakannya tidak perlu ditetapkan untuk mengimbas wajah atau cap jari oleh pengguna. Apabila pengguna memakai sarung tangan, sistem imbasan wajah akan digunakan tanpa perlu ditetapkan. Teknologi Natural ID Synaptics menggunakan kecerdasan buatan untuk memastikan jari sebenar diimbas sebelum melakukan nyahkunci.
Sebelum ini Synaptics melancarkan pengimbas cap jari FS9100 yang diletakkan di belakang kaca. Ini membolehkan peranti mempunyai ruangan dagu yang lebih kecil. Dengan penggunaan pengimbas biometri, keselamatan data pengguna pastinya akan meningkat.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2j2ljiv
Post a Comment