Acer V Nitro Black Edition Kembali Semula Dengan Cip Intel Kaby Lake
Acer V Nitro Black Edition merupakan salah satu komputer riba memfokuskan multimedia dan permainan video yang diperkatakan ramai ketika ia diperkenalkan dulu – antara sebabnya adalah kerana rekaannya yang nipis, selain harganya yang sangat kompetitif berbanding pelbagai pengeluar lain. Kini, setelah senyap dengan model berkenaan untuk seketika, hari ini di CES 2017, Acer kembali semula memperkenalkan model baru untuk komputer riba berkenaan.
Acer V Nitro Black Edition hadir dalam dua variasi saiz, iaitu 15.6-inci dan juga 17.3-inci, dimana kedua-duanya menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi ketujuh dengan pilihan Core i5 atau Core i7. Selain daripada itu, Acer turut menawarkan pilihan kad grafik GTX 1060 atau GTX 1050 Ti untuk komputer riba ini.
Melengkapkannya juga adalah memori sehingga 16GB, storan SSD sehingga 512GB dengan gabungan HDD sehingga 2TB. Acer turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada komputer riba ini yang diintegrasikan bersama Windows Hello.
Acer akan memasarkan ia bermula bulan Februari 2017 ini. Di Amerika Syariakt, V Nitro 15 Black Edition dijual pada harga bermula $1199 (~RM5386) sementara V Nitro 17 Black Edition pula bermula $1399 (~RM6285).
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iFeCWM
Post a Comment