Hi! Welcome Back and Stay Tune! Qualcomm Melancarkan Snapdragon 835 – Lebih 20% Pantas Berbanding Snapdragon 821 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Qualcomm Melancarkan Snapdragon 835 – Lebih 20% Pantas Berbanding Snapdragon 821

Qualcomm akhirnya memperkenalkan cip pemprosesan berkuasa paling terbaru Snapdragon 835 secara rasmi. Pemproses ini kembali menggunakan lapan teras berbanding hanya empat pada Snapdragon 821. Seperti yang diumumkan sebelum ini, pemproses ini dihasilkan menggunakan teknologi FinFET 10 nm.

Empat teras “kluster prestasi” mempunyai kelajuan 2.45 GHz manakala empat lagi teras “kluster kecekapan” mempunyai kelajuan 1.8 Ghz. Sekitar 80% tugasan biasa pada peranti akan dilakukan oleh kluster kecekapan ini bagi mengurangkan penghasilan haba dan penggunaan bateri. Kesemua teras menggunakan CPU Kryo 280. Dari segi kemampuan memproses, Snapdragon 835 adalah 20% lebih berkuasa berbanding Spadragon 821.

Cip grafik Adreno 540 yang digunakan pula 25% lebih berkuasa berbanding Adreno 530. Ia menyokong format video HDR10 untuk paparan gambar lebih dinamik. Ini menurut Qualcomm membolehkan peranti yang menggunakan Snapdragon 835 memaparkan 60% lebih banyak warna. Adreno 540 juga menyokong standard DirectX 12. Dari segi audio pula, pemproses ini menyokong sistem audio 3D yang bergerak mengikut kedudukan pengguna di dalam dunia maya.

Snapdragon 835 ialah pemproses pertama meyokong sistem pengecasan pantas QuickCharge 4.0 yang memberikan 5 jam penggunaan dengan pengecasan selama 5 minit. Ia 20% lebih pantas berbanding QuickCharge 3.0 dan 2.5 kali ganda lebih pantas berbanding QuickCharge 1.0. Samsung Galaxy S8 ialah peranti pertama yang dijangka akan menggunakan pemproses terbaru ini.

 






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hPbKau

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.