Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mempatenkan Rekaan Peranti Skrin Sepenuhnya Di Bahagian Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mempatenkan Rekaan Peranti Skrin Sepenuhnya Di Bahagian Hadapan

Xiaomi Mi Mix yang dilancarkan Oktober lalu adalah peranti dengan peratusan permukaan skrin terbesar ialah sekitar 91.3%. Ini dilakukan dengan menggunakan bezel yang nipis, membuang bahagian dahi dan saiz dagu yang kecil. Ramai yang menantikan peranti 100% skrin tetapi ini tidak mampu dilakukan kerana halangan teknologi. Kamera hadapan masih diperlukan dan ini ialah sebab mengapa Mi Mix masih mempunyai dagu.

Apple telah dianugerahkan paten untuk peranti yang mempunyai 100% permukaan skrin pada bahagian hadapan. Paten ini menunjukkan skrin peranti yang mempunyai lubang pada bahagian tertentu yang membolehkan kamera selfie, pembesar suara dan pelbagai sensor lain (seperti sensor cahaya dan pengimbas cap jari) diletakkan di belakang kaca skrin.

Adakah peranti 100% skrin akan menjadi kenyataan? Kebarangkalian ia wujud pada peranti Apple dalam masa terdekat adalah rendah. Persoalannya ialah apakah ketahanan peranti dengan skrin sepenuhnya pada bahagian hadapan. Seperti kita lihat pada Mi Mix, penggunaan skrin besar dan bezel kecil membuatkannya tidak tahan lasak seperti peranti lain di pasaran.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2j3UJIS

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.