Hi! Welcome Back and Stay Tune! Carousell Mengambil-Alih Duriana Dalam Usaha Mengukuhkan Kedudukan Di Arena Jual-Beli - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Carousell Mengambil-Alih Duriana Dalam Usaha Mengukuhkan Kedudukan Di Arena Jual-Beli

Carousell merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan jual-beli melalui aplikasi mudah-alih mereka. Terkini, dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena berkenaan, Carousell dilihat telah mengambil-alih salah satu perkhidmatan yang lebih kurang sama yang dibangunkan di Malaysia, iaitu Duriana.

Carousell sendiri telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada penghujung 2014 yang lepas, dan mereka telah menerima suntikan dana mencapai $35 juta pada bulan Ogos 2016. Menurut Carousell, kini dengan pengambil-alihan Duriana, mereka mengukuhkan kedudukan dan menjadi penyedia perkhidmatan jual-beli mudah-alih dengan penyenaraian barangan mencapai lebih 5 juta penyenaraian.

Carousell mengatakan selepas pengambil-alihan ini, pengguna Duriana boleh menjual dan membeli barangan pada laman Carousell, sekaligus menjadikan Carousell salah satu laman jual-beli terkemuka bukan sahaja di peringkat tempatan, tetapi di peringkat global.

Selain Carousell, salah satu perkhidmatan seumpamanya yang turut memfokuskan kepada pasaran tempatan adalah Shopee.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2j490Fp

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.