Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pendapatan HTC Menjunam 35 % Pada Tahun 2016 – Terendah Dalam Tempoh 11 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pendapatan HTC Menjunam 35 % Pada Tahun 2016 – Terendah Dalam Tempoh 11 Tahun

Selain Nokia, HTC ialah pengeluar yang mempunyai tempat yang istimewa di hati kami. HTC One M7 yang mereka lancarkan pada tahun 2013 memulakan trend peranti bertubuh aluminium sepenuhnya pada platform Android. Nasib tidak menyebelahi HTC sejak kebelakangan ini dengan jualan yang semakin merudum. Tahun lalu mereka telah mencatatkan pendapatan terendah dalam tempoh 11 tahun.

Mereka mencatatkan pendapatan sebanyak NT $78.16 Billion (~RM 11 Billion). Ini ialah penurunan sebanyak 35% berbanding pendapatan sepanjang 2015. Hanya lima tahun yang lalu mereka mencatatkan pendapatan tertinggi NT$ 465.7 Billion (RM 65 Billion). Jelas sekali HTC memerlukan produk yang baik bagi memikat semula pengguna yang sudah berpindah ke pengeluar lain.

Pada pendapat anda apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan HTC sejak kebelakangan ini?  Bagi kami kekurangan promosi menyebabkan pengguna tidak mengetahui kewujudan peranti mereka. HTC 10 yang kami ulas tahun lalu ialah peranti yang baik tetapi tidak pernah kami lihat digunakan oleh orang ramai.

 

 






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iZPnwt

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.