Malaysia Airlines Anjur Hackathon Pertama Untuk Menambah-Baik Pengalaman Pelancongan
Pelbagai syarikat gergasi tempatan telah menganjurkan hackathon tersendiri dalam usaha hadir dengan beberapa produk dan idea baru – terutamanya dengan menggunakan teknologi. Terkini, Malaysia Airlines turut melakukan perkara sama, dan hadir dengan hackathon pertama mereka.
Bakal diadakan pada 18 dan 19 Februari 2017 kelak, Malaysia Airlines melihat kepada usaha untuk menambah-baik pengalaman pelancongan untuk para pelanggan Malaysia Airlines. Ia dianjurkan oleh bahagian IT di MAB, dan peserta akan diperlukan hadir dengan projek mereka dalam tempoh 2 hari.
Bagi anda yang meminati pembangunan perisian atau perkakasan, mungkin boleh mendaftarkan diri, dan menyertai hackathon oleh Malaysia Airlines yang diadakan buat julung kalinya ini.
Daftar : MAB Hackathon
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2j3E34s
Post a Comment