Kemas Kini Android Nougat Untuk Samsung Galaxy S7 Edge Akan Tiba 17 Januari Ini
Seperti yang kami laporkan pagi tadi peratusan penggunaan Android Nougat hanya mencecah 0.7% sehingga awal bulan ini. Ini masih lagi peratusan yang amat rendah bagi sistem operasi yang sudah wujud lebih daripada dua bulan. Kepada pemilik Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge, kemas kini ke Android Nougat mungkin akan diterima seawal 17 Januari ini.
Ini adalah berdasarkan notifikasi yang diterima pengguna peranti S7 Edge di Turki. Seperti biasa kemas kini diberikan mengikut pasaran secara berperingkat. Peranti S7 Edge dan S7 akan melompat terus ke Android 7.1.1 dengan antaramuka Grace UX. Sistem Always On Display yang ditemui pada Galaxy Note 7 dan Samsung Galaxy A 2017 juga turut akan diberikan. Teruskan bersama Amanz untuk mendapatkan maklumat mengenai kemas kini Nougat untuk peranti ini di Malaysia.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2j65HhB
Post a Comment