Lazada Memperlihatkan Xiaomi Redmi 4A Akan Dilancar Di Malaysia Pada 17 Januari
Xiaomi sebelum ini sedia mengumumkan penggunaan Lazada sebagai kedai atas-talian mereka. Lanjutan daripadanya, kini Lazada bersempena dengan Tahun Baru Cina menjelang tiba, memperlihatkan peranti terbaru Xiaomi, iaitu Redmi 4A bakal dilancarkan di Malaysia pada 17 Januari 2017 kelak.
Perkara ini diperlihatkan oleh Lazada melalui sebuah pertandingan ringkas yang dianjurkan pada laman Facebook rasmi mereka. Melaluinya, Lazada meminta pengguna untuk meneka apakah nama peranti Redmi baru yang akan dilancarkan, dan memberikan petanda dalam bentuk gambar yang mana ianya adalah Redmi 4A.
Xiaomi Redmi 4A telah diperkenalkan secara rasminya pada bulan November lepas, dimana ia hadir dengan skrin 5-inci pada resolusi 720×1280 pixel, dijana menggunakan cip Snapdragon 425, dilengkapi memori 2GB RAM dan storan 16GB, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3120mAh.
Peranti ini dilihat menawarkan spesifikasi pertengahan, dan mungkin hadir dengan harga kurang RM500. Di China, ia dijual pada harga 499 Yuan (~RM322). Kita mungkin akan dapat melihat pengumuman daripada Xiaomi atau Lazada berkenaan harga peranti ini pada atau sebelum 17 Januari 2017 ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ifhYvC
Post a Comment