Lazada Yang Dimilik Alibaba, Kini Melancarkan Halaman Khusus Untuk Produk Dan Jenama Dari China
Alibaba sedia mendapatkan pegangan majoriti untuk laman jual-beli Lazada, selain dilihat akan memulakan fokus terhadap pasaran Asia Tenggara selepas mengukuhkan kedudukan di China. Kini, sebagai langkah awal, Alibaba telah memperkenalkan sebuah halaman khusus di Lazada Malaysia, menawarkan sejumlah jenama China dari TMall untuk pengguna tempatan.
Bagi yang tidak mengenali akan TMall, ia merupakan salah satu laman jual-beli milik Alibaba yang sangat popular di China. Untuk tujuan ini, Lazada menyediakan sebuah halaman khusus yang dinamakan sebagai Oriental Pavilion. Melaluinya, sejumlah 16 jenama terpilih dari TMall dipasarkan untuk pengguna Lazada Malaysia, dan angka ini dijangka meningkat dari hari ke hari.
Secara tidak langsung, ia dilihat selain hanya memperluaskan kepakaran dari China ke rantau ini, pihak Alibaba juga dilihat turut membawa masuk jenama dari China ke rantau ini. Dan tidak mustahil pada suatu hari Alibaba turut membantu jenama dari Asia Tenggara untuk dipasarkan di China melalui platform-platform sedia ada.
Buat masa ini, halaman Oriental Pavilion ini dilancarkan di Lazada Malaysia sahaja, bersempena dengan Tahun Baru Cina menjelang tiba.
Layari : Lazada Oriental Pavilion
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iFHpr5
Post a Comment