Acara rai peminat drama
Melihat perkembangan positif drama tempatan yang semakin mendapat sambutan, Astro bakal menganjurkan Malam Throwback Drama bagi memberi penghargaan kepada pelakon dan kru produksi atas usaha mereka menyajikan karya terbaik kepada penonton.
Ketua Saluran Melayu Astro Raqim Ahmad berkata, acara itu bertujuan bagi meraikan penonton dan peminat yang tidak putus menyokong drama terbitan stesen itu sehingga beberapa drama terbitan mereka menjadi fenomena dan meninggalkan kesan.
“Peningkatan jumlah tontonan dan permintaan terhadap drama Melayu di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Perkara ini dapat dibuktikan menerusi sambutan luar biasa yang diterima daripada penonton apabila tahun lalu banyak drama kami mendapat rating tinggi,” katanya.
Malam Throwback Drama bakal diadakan pada 1 April ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.
Peminat boleh mengundi artis kegemaran masing-masing menerusi 11 kategori dipertandingkan di Instagram HLive bermula hari ini hingga 30 Mac ini.
Antara kategori bakal dipertandingkan ialah Kapel Throwback, Watak Paling Meminta, Otai Throwback, Scene Paling Win, Pelakon Paling Membantu, Hero Throwback dan Heroin Throwback.
Raqim berkata, semua pencalonan berdasarkan drama yang pernah ditayangkan di Astro sepanjang tahun lalu.
“Ia bukan sahaja bagi memberi penghargaan kepada pelakon dan kru tetapi juga peminat yang tidak jemu-jemu menyokong,” katanya.
Raqim berkata, Astro juga bakal menganjurkan Karnival Throwback Drama bermula hari ini hingga Ahad dengan pelbagai aktiviti seperti ramah mesra bersama artis, tayangan istimewa drama dan persembahan.
“Menerusi acara ini, kami berharap mendapat maklum balas terus daripada penonton selain menghadiahkan pengikut setia kami pelbagai aktviti bersama artis kesayangan mereka.
“Karnival ini juga sebagai memartabatkan drama Melayu yang kembali mendapat perhatian luar biasa penonton. Selain itu kami juga mencari bakat baru untuk diketengahkan di semua platform yang kami miliki,” katanya.
Menurut Raqim, perubahan itu juga menjadikan empat saluran utamanya iaitu Ria, Prima, Oasis dan Warna sebagai hab bagi rangkaian drama terbitan stesen itu.
Setiap saluran akan mengangkat genre drama berbeza selain memiliki keunikan tersendiri bagi memenuhi cita rasa penonton.
“Jika sebelum ini slot Mega Drama di Ria dan Tiara (Prima) menjurus ke arah romantik ringan dan drama, kini kami menambah dua lagi iaitu Skrin Komedia (Warna) serta Rihanna (Oasis).
“Kejayaan demi kejayaan yang dilakarkan menerusi rantaian drama di Astro Ria dan Astro Prima mengukuhkan lagi hasrat kami untuk terus mengangkat drama Melayu ke tahap lebih tinggi.
“Oleh itu, dengan adanya penambahan dua slot drama di Astro Warna dan Astro Oasis, lebih banyak drama Melayu boleh ditayangkan seterusnya membuka lebih ruang dan peluang buat penggiat seni untuk terus berkarya,” katanya.
Raqim berkata, pada masa sama, pihaknya tetap mengekalkan elemen asal sesebuah drama yang ditayangkan di saluran berkenaan.
“Setiap slot mengisi genre drama berbeza dan ini adalah inisiatif kami dalam memastikan penonton mendapat pelbagai pilihan,” katanya.
The post Acara rai peminat drama appeared first on Berita Viral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n6QpqF✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment